Neelofa Mohd Noor

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Neelofa mengajak pengikut di Instagram miliknya untuk bermuhasabah diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menerusi muat naik di platform media sosial itu, Neelofa juga meminta masyarakat supaya patuh dengan perintah dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan buat masa sekarang.

“Saya pasti, ramai antara kalian yang menggunakan tempoh berkurung ini sebagai masa untuk bermuhasabah.

“Ada banyak perkara yang berlaku di luar kawalan kita dan untuk situasi sekarang, apa yang hanya boleh kita lakukan adalah, reda,” tulisnya.

Neelofa menambah, setiap perkara yang berlaku hari ini adalah di luar jangkaan dan terjadi dengan sangat pantas.

Jelas usahawan tudang itu, setiap perkara yang berlaku hari ini adalah di luar jangkaan dan terjadi dengan sangat pantas.

“Andai kata, kalian sudah merancang beberapa perancangan dalam masa beberapa bulan akan datang, lepaskan. Banyak benda yang berubah dengan sangat pantas dan kita tak dapat nak jangka.

“Satu perkara yang pasti adalah, patuh dengan sistem dan undang-undang yang dibuat. Kalian sendiri yang perlu membuat keputusan, bagaimana untuk menggunakan tempoh ini dengan cara yang terbaik.

“Apa sahaja yang dapat memberi manfaat kepada jiwa kalian, lakukannya,” tulisnya. – MalaysiaGazette