Gambar hiasan.

McCALL, Idaho – Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 magnitud melanda Boise, Idaho, turut dirasai penduduk di empat negeri.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan berlaku.

Gempa itu berpusat pada 73 kilometer timur laut Meridian, sebuah bandar di pinggir Boise, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Ia adalah gempa bumi yang paling kuat untuk menyerang di negeri itu sejak tahun 1983, ketika gempa bumi 6.9 magnitud yang membunuh dua orang dan mengakibatkan berjuta-juta kerugian, menurut Kajian Geologi Idaho.

Penduduk di Coeur d’Alene, Twin Falls dan Hailey di Idaho; Spokane, Washington; Missoula dan Bozeman, Montana; dan Salt Lake City di Utah turut merasai gegaran. – MalaysiaGazette