Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bazar Ramadan tidak sesuai diadakan ketika penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Ini kerana, titah baginda, risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan.

“Kes positif Covid-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan Bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

“Lupakan Bazar Ramadan, saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini,” titah Sultan Johor.

Baginda mahu masyarakat tidak memandang ringan arahan serta nasihat pihak berkuasa.

“Anda lihat sendiri, bagaimana petugas-petugas perubatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini.

“Bayangkan, jika wabak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan,” titah baginda. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tepat sekali Tuanku! Yang itu pun sesetengah Mentéri dok pening kepala nak pertimbang samada go or no go. Otak selut punya Menteri! NO means NO!

Comments are closed.