TERKINI : Hentian Kajang Jalani Proses Nyahkuman

Beberapa premis di sekitar Kajang menjalani operasi nyahkuman hari ini bagi mengurangkan impak penularan wabak Covid-19 selepas dikategorikan sebagai zon merah.

Kawasan seperti Hentian Kajang, Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kajang, dan beberapa laluan utama di sepanjang jalan masuk kawasan itu turut dijalankan proses disinfeksi.

Proses yang dijalankan bermula jam 10.30 pagi oleh kira-kira 77 anggota, termasuk dari 31 Bomba dan Penyelamat Malaysia, 11 anggotan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sembilan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).