Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Konsep pembangunan yang dirancangkan oleh Pakatan Harapan untuk penduduk Kampung Baru secara umumnya tidak dapat dipastikan dari aspek keupayaan dan praktikalnya.

Malah, bajet dan juga sumber kewangan belum disediakan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu penduduk kampung tersebut diberi harapan palsu mengenai pembangunan kampung itu.

“Konsep yang dicadang itu pula tidak dipastikan viability dan practicality utk dilaksanakan..budget dan sumber kewangannya juga belum ada..semua ini perlu di lihat semula agar kita jangan memberikan harapan palsu kpd orang Kampung Baru,” katanya.

Artikel berkaitan: Pembelian tanah Kampung Baru dijangka selesai Jun

Identiti Kampung Baru akan dikekalkan – Khalid

Pendekatan lain bangunkan Kampung Baru akan difikirkan bila tiba masanya

40 peratus pemilik tanah Kampung Baru sudah beri respon – Khalid

Khalid yakin 100 peratus pemilik setuju jual tanah Kampung Baru

Annuar berkata, Perbadanan Kampung Baru telah memberikan taklimat mengenai status perancangan pembangunan kampung tersebut dan yakin beberapa tindakan susulan akan dilaksanakan.

“Terima Kasih Perbadanan Kampung Baru kerana memberi taklimat terperinci status perancangan pembangunan Kg Baru. Saya mengambil perhatian segala yang berbangkit,” ujar beliau.

Menurutnya, hanya 61 peratus sahaja penduduk di Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan kampung tersebut. – MalaysiaGazette