KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 8 sen kepada RM1.60 seliter dan RON95 susut sebanyak 8 sen kepada RM1.30 seliter.

Manakala harga runcit diesel turun sebanyak 10 sen kepada RM1.58 seliter.

Harga baru bagi produk petroleum itu bagi tempoh 4 April hingga 10 April ini, kata Kementerian Kewangan.

Penurunan harga runcit produk petroleum itu adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette