TERKINI : 3 Hari Sudah Siap “Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19”

Siapa sangka penempatan khas untuk pesakit Covid-19 berisiko rendah yang dikenali sebagai ‘Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19’ sebenarnya telah siap di bangunkan dalam tempoh tiga hari sahaja.

Ini juga merupakan hasil kerjasama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan agensi kerajaan yang lain yang bertempat di Dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS).

Malah pusat kuarantin ini sebenarnya merupakan buah fikiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang begitu komited dalam memerangi Covid-19