LONDON – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford mengimpikan dapat beraksi bersama Jadon Sancho  di Old Trafford.

Rashford, 23, berharap spekulasi pemain lincah Borussia Dortmund akan menjadi realiti kerana bekas pemain akademi Manchester City itu boleh menjadi faktor tambahan agar Red Devils dapat mencapai sasaran mereka musim depan.

“Ia bagus jika Jadon Sancho menyertai kami. Sancho adalah pemain yang hebat, diaseperti generasi baharu untuk pemain. Ia bagus untuk melihat apa yang dia suka dan semoga kita semua boleh bermain bersama.

“Dia [Jadon Sancho] mempunyai imaginasi yang tinggi.Saya fikir dalam generasi ini, perkara-perkara seperti itu boleh menjadikan seseorang pemain bertaraf dunia,” katanya lagi,” katanya kepada Bleacher Report.

Sebelum ini, beberapa laporan menyebut Sancho mahu berpindah dari Dortmund dalam jendela perpindahan yang akan datang.

Laporan itu turut mendedahkan pemain berusia 19 tahun itu dikatakan mahu bermain di Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini gergasi England seperti Liverpool dan Chelsea juga berminat dengan Sancho yang diketahui mempunyai kekuatan kewangan yang hebat.

Tetapi keadaan berubah apabila Dortmund, sepertinya dilaporkan menetapkan Sancho pada 120 juta pound. – MalaysiaGazette