Musa Hassan
Musa Hassan

KUALA LUMPUR – Anggota polis yang bertindak keras pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  tidak patut dipersoalkan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Dalam keadaan genting di mana kerajaan perlu memastikan rantaian Covid-19  diputuskan polis bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada orang awam memandangkan tempoh PKP dijangka berakhir 10 hari sahaja lagi.

“Ini keadaan genting (jadi) tindakan kena drastik. Ada pepatah mengatakan lebih baik menangis dulu dari menangis kemudian.

“Polis ingin menyelamatkan orang pasal apa (kenapa) nak dikenakan tindakan pula? Ini untuk jaga kesihatan dan keselamatan orang juga,”katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan sesetengah pihak di negara ini yang mempertikaikan tindakan tegas polis pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Mengulas mengenai tindakan anggota polis merotan remaja yang berkumpul ketika PKP baru-baru ini, Musa berkata, ia bukanlah berniat mencederakan sebaliknya hanya peringatan kepada segelintir yang masih berdegil.

Bahkan beliau berkata, ibu bapa boleh didakwa di mahkamah sekiranya didapati membiarkan anak di bawah umur terdedah dengan risiko jangkitan wabak Covid-19 apabila berada di luar rumah semasa tempoh PKP.

Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, kata Musa masih disifatkan bertoleransi jika dibandingkan kekerasan yang digunakan oleh negara lain seperti Filipina yang baru-baru ini memberi amaran rakyatnya yang ingkar perintah berkurung akan ditembak mati.

“Bagi remaja (baru-baru ini) dirotan sedikit bukan nak cederakan, nak ajar suruh balik lagipun kalau remaja bawah umur, ibu bapa mereka masih bertanggungjawab. Polis boleh tangkap ibu bapa mereka sebab dedahkan anak kepada bahaya. Itu perlu tahu bahawa polis nak menyelamatkan orang ramai. Kalau tidak, ibu bapa boleh didakwa di mahkamah kerana membiarkan anak bawah umur terdedah.

“Polis jalankan tugas, kerajaan sudah buat PKP jadi untuk elak wabak supaya berjangkit. Anggota (polis) buat kerja (dengan) baik,”tambahnya.

Untuk rekod, pada 2 April yang lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan pihak polis kini memasuki fasa ‘keras’ dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan PKP, kerana masih ramai yang yang berdegil.

BACA: Polis tukar mod keras, tiada lagi berlembut

Namun ada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikaikan sikap keras polis.

Musa kemudiannya menempelak pihak yang mempersoalkan tugas polis dan mencabar mereka mendedahkan diri mereka dengan risiko dijangkiti Covid-19 seperti barisan hadapan polis demi memberi kesedaran kepada masyarakat.

“NGO yang cakap macam itu, berani tak keluar, bantu polis pastikan orang patuh PKP? Suruh dia (dedahkan diri dia berada di luar) pula untuk pastikan orang patuh PKP.

“Dia sendiri pun takut kena penyakit wabak ini, dia sendiri tidak mahu keluar. Bila orang keluar dia cakap banyak. NGO yang cakap banyak suruh dia keluar sendiri buat kerja polis, jangan pandai cakap sahaja,” ujar Musa.

Beliau akhirnya membuat kesimpulan, pegawai atasan polis juga memainkan peranan penting dalam waktu ini kerana anggota bawahan telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab.

“Orang atasan pun perlu sokong anggota mereka, pegawai atasan perlu lindungi anggota bawahan buat kerja. Kalau tidak orang luar akan serang anggota mereka,” kata Musa. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SUHAKAM bimbang tatacara tangkapan pesalah PKP

11 Komen

  1. Kepada yg tak setuju polis bertindak kasar, anda tidak berada di tempat mereka. Jangan tubal boleh tak

  2. Sokong TSMH dn PDRM…Kalau PDRM mnhukum dgn lbh keras lagi pun mojoriti rkyat sokong 100%…

  3. Sikap rakyat malaysia…. Bile kerajaan bg bantuan utk ringankan beban rakyat… Bukan main puji kerajaan.. Bile kerajaan berkeras sikit pun bukan main hentam… Mcmna lg kamu nak wahai rakyat… Adkah kamu nak kerajaan yg baru lepas jatuh ambil semula kuasa…. JAWAP NYE TIDAK MERASA LA KAMU DGN PELBAGAI JENIS BANTUAN dAN IMBUHAN….. Tdak bersyukur lg ka rakyat malaysia.. Kerajaan lepas xdak DUIT nk bagi pada rakyat TETAPI ADE DUIT NK PAKAI VELLFIRE BARU… renung2kan lah rakyat malaysia yg bijaksana

  4. Suruh org suhakam dgn ngo2 yg kuat meroyan tu turun sekali lah bantu PDRM & ATM jgn pandai ckp jer kami dh muak dgn ngo2 yg NGOK ni..nk cari slh kerajaan jer langsung x membantu ALEUTO korg lah NGOK

  5. Aku nk cadangkan kpd kerajaan, mereka2 yg degil ni jgn dibagi bantuan apa2 pun sbgai hukuman keatas kesalahan yg mereka buat..termasuk juga ibubapa yg anak2 mereka didapati bersalah…kami dh mual lah dgn perangai masyarakat yg degil ni..

  6. Dah betul sangat2 tu tan sri musa…
    Ngo2 tertentu itu x lain dari nk tunjuk hero/jaguh dlm situasi politik dn sosial ng dewasa ini..
    Drpd blagak menongkah arus kan ada lbh baik ngo2 tu hadirkan ahli2 nya mbantu frontliner terutama yg anggota pdrm/atm/rela yg berselimut terik matahari dn berteman ribut hujan dan kilat sambar menyambar sewaktu mjlnkn arahan pkp di jln2 raya tu…
    So klu x mampu semua tu…jgn nk menganjingkn pihak2 frontliner tu yea…especially pdrm…

  7. Ni ngo yg koyak rabak ni yg x dpt peruntukan dri kerjaan entah2bkuda belang pembangkang apa…puak ni yg tau menyalah kan org sedang kan depa sendiri gelong…

  8. Panggil NGO yang kurang ajar tu supya tampil keluar membantu PDRM dan ATM Jgn dok asyik nak caru oelemahan aje. Mana PATRIH. OT Ayang tak sedar di ubtung tu. Keluarlah tunjuk teladan yang baik. Jangan hadi kuda tunggangan PH. Nak duit cakap. Kerajaan bolebbad
    gi.

    Pengkritik Dato Seri Rina pun jangan lebih lebih nak menangguk fi air keroh. Setiap menteri asa cara tersendirj. Bukannya bodoh macam irang orang yang cuba ambil kesempatan memalukan dia. Korang cermin diri sendiri dulu.

Comments are closed.