Dr Noraini Ahmad Higher Education UiTM Professor Dr Roshana Takim insults B40 student
Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi melanjutkan tempoh tarikh tutup permohonan kemasukan pelajar ke 20 universiti awam (UA) dan beberapa Insitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) lain daripada 7 kepada 17 April ini.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata keputusan itu diambil memahami kesukaran untuk mendapatkan akses internet di kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hari terakhir bagi pemohon membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan permohonan adalah pada 16 April ini,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Tambah Noraini, lanjutan tarikh tutup permohonan tersebut juga melibatkan membabitkan Institu Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Hebahan keputusan permohonan matrikulasi, politeknik, kolej komuniti dan ILKA pula menurutnya lagi dijangka akan diumumkan pada 3 Jun ini.

Manakala keputusan permohonan calon STPM/setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA atau IPTA akan diumumkan pada 18 Ogos 2020.

Sebarang maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon boleh melayari laman rasmi Facebook UPU dihttps://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau tontoni Facebook Live yang diadakan setiap hari sehingga 14 April 2020, pada jam 10:00-11:00 pagi dan 3:00-4:00 petang.-MalaysiaGazette