Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

KUALA LUMPUR – Pas akan menubuhkan Jawatankuasa  Penasihat untuk memantau tugas dan menasihati anggota parti itu yang berada dalam kerajaan supaya menjalankan tugas dengan baik.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh barisan kepimpinan Majlis Syura Ulama parti.

Jelasnya, ini adalah cara Pas untuk membuktikan bahawa kesemua anggotanya yang berada dalam Kabinet mampu menjalankan tugas dan bukannya sekadar menerima jawatan atas sebab tertentu.

“Sehubungan dengan itu juga, Pas akan melantik satu Jawatankuasa Penasihat berbentuk ‘Hisbah’ bagi memantau tugas dan menasihati anggota Kerajaan daripada kalangan PAS agar mereka dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan jujur dan terbaik.

“Memandangkan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) turut berada dalam Kerajaan, mungkin Jawatankuasa itu akan dilantik dari kalangan pimpinan Majlis Syura Ulamak PAS,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau dalam masa yang sama menafikan bahawa lantikan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah untuk memenangi hati ahli Pas.

Artikel berkaitan: Abdul Hadi dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah

Tegasnya Ahli Parlimen Marang itu tidak pernah meminta sebarang jawatan dalam kerajaan.

“Pas dalam hal ini turut menafikan dakwaan bahawa tindakan Perdana Menteri melantik YB. Presiden Pas sebagai suatu usaha memujuk dan memenangi hati ahli-ahli Pas.

“Ini kerana Pas lebih-lebih lagi Presidennya tidak pernah meminta jawatan mahupun kedudukan dalam Kerajaan, sebaliknya bersedia berkhidmat di mana jua demi menguatkan serta menjamin kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut mewakili Pas mengucapkan penghargaan  kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kepercayaan kepada Hadi.

Semalam bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof menempelak pelantikan Abdul Hadi yang disifatkan tidak wajar ketika negara sedang dilanda krisis penularan wabak Covid-19.

Artikel berkaitan: Setelah penat ‘tebuk atap’ Hadi dapat habuan – Mujahid

Beliau berkata, Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara.

“Tahniah! setelah penat ‘menebuk atap’ dapatlah habuan jadi Duta Khas taraf Menteri.

“Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara pun! Cukup yang sedia ada untuk tampung dasar kita di Timur Tengah,” katanya di Twitter. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Patut tolak….masing2 dh ada duta, apa perlunya duta khas jika ianya bukan lantikan politik?
    Paling menyedihkan lantikan dibuat ketika negara perlu berjimat kerana keruntuhan ekonomi impak dari Covid 19.
    Pertama kali presiden sebuah parti gabungan yang besar dilantik sebagai duta khas.
    Perlu ke Pas sentiasa tunduk dan akur?

  2. Memanglah semua menteri atas lantikan politik…ni duta bertaraf menteri…menteri bukannya PTD…adalah keperluan khusus oleh kerajaan..sama lah bila PH lantik duta khas ke China tu..sebab ada keperluan khusus dan sangat besar dengan China…bodoh lah ko ni

  3. Hubungan dgn mid east, malah dgn byk negara, US, China, India, EU, dah dirosakkan oleh PH sblm ni. Dlm hal mid east, pengaruh TGHA sebagai bekas Naib Presiden Ulama’ dunia, dan kefasihannya berbahasa Arab diperlukan. Mid East byk bantu Malaysia especially GCC. Kalau lantik sebagai duta ke China atau India ha tu baru kata x logik, membazir. Kena cakna sket bab politik ni, kesan2 pengaruh kerajaan majoriti kafir sblm ni kena diambil kira.

Comments are closed.