KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada pertambahan Zon Merah Covid-19 dan kekal kepada 17 daerah.

Kementerian Kesihatan berkata, sebanyak tiga daerah merekodkan kes paling tinggi iaitu Lembah Pantai 367 kes, Petaling 308 dan Hulu Langat 307.

Lokasi yang diletakkan dalam Zon Merah merekodkan lebih 41 kes positif koronavirus.

Selain tiga kawasan berkenaan, di Perak terdapat dua lokasi Zon Merah iaitu Hilir Perak dengan 61 kes, dan Kinta (82).

Di Kuala Lumpur pula, Kepong dan Titiwangsa, masing-masing merekodkan 104 dan 86 kes positif Covid-19.

Kota Bharu, Kelantan mencatatkan 82 kes manakala di Pahang, Jerantut melaporkan 58 kes.

Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang pula masing-masing dengan 47, 137 dan 135 kes.

Kuching, Sarawak dengan 155 kes dan Tawau, Sabah 67 kes. – MalaysiaGazette