Lapan warga Malaysia disyaki hadiri himpunan Jemaah Tabligh di Delhi ditahan di lapangan terbang Delhi semalam.

NEW DELHI – Lapan warga Malaysia terkandas di India apabila apabila pihalk berkuasa negar itu menghalang mereka menaikiĀ  pesawat khas ke Kuala Lumpur.

Individu terbabit ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi semalam selepas pihak berkuasa mendapati mereka menyertai perhimpunan pertubuhan Tablighi Jamaat di Nizamuddin yang merupakan kawasan panas Covid-19.

Berikutan penggantung operasi penerbangan antarabangsa, beberapa negara, termasuk Malaysia, menyewa pesawat khas untuk membawa pulang rakyat masingh-masing, lapor NDTV.

Lebih 9,000 jemaah yang disyaki menghadiri perhimpunan tersebut kini berada di negara ituĀ dan kerajaan India telah mula menjejaki mereka dan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas individu terlibat.

Lapan rakyat Malaysia yang menghadiri himpunan itu pada Mac lalu didakwa menyembunyikan diri di beberapa kawasan di Delhi dan mereka dikatakan cuba pulang ke tanah air dengan menggunakan perkhidmatan Malindo Air.

Mereka ditahan oleh pegawai imigresen di lapanga terbang dan diserahkan kepada polis Delhi dan Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut.

Pergerakan mereka terbongkar selepas polis di Delhi mula menjejaki data telefon bimbit untuk mengesan orang yang menyertai himpunan tabligh itu.

Menurut pihak berkuasa, kesemua individu itu menyalahgunakan visa pelancong dengan mengambil bahagian dalam acara keagamaan.

Kementerian Dalam Negeri India berikrar akan bertindak tegas ke atas individu-individu yang ditahan di lapangan terbang.

“KDN telah menyenaraihitamkan 960 warga asing dan visa mereka telah dibatalkan atas tindakan penyertaannya dalam aktiviti jemaah tabligh memandangkan memasuki negara secara salah dengan visa pelancong,” Kata pejabat Menteri Dalam Negeri, Amit Shah awal minggu ini.

Pegawai tinggi kerajaan memberitahu, prosiding undang-undang akan dimulakan ke atas penganjur dan peserta jemaah tabligh yang disenaraihitam atas kesalahan menyalahgunakan visa selain tindakan berat di bawah Akta Pengurusan Bencana Negara India.-MalaysiaGazette