Nor Hasma Muhamad

KUALA LUMPUR – Pergerakan Sayap Wirawati Putra Malaysia menghargai keputusan Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran lebih awal fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dibuat secara berperingkat bermula semalam.

Ketua Penerangannya, Nor Hasma Muhamad berkata, kira-kira 8.3 juta rakyat akan menikmati bantuan itu, tetapi masih ada beberapa kekangan dalam kalangan mereka yang masih tidak dapat membuat permohonan baru.

Ini katanya, disebabkan nama mereka tidak tersenarai dalam data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun capaian jalur lebar yang agak perlahan untuk memasuki sistem itu.

“Lebih menyedihkan rakyat di luar bandar mahupun pedalaman yang tidak celik teknologi maklumat mahupun tidak tersenarai dalam kedua-dua bantuan itu mahupun BSH, pasti tidak dapat menikmati kemudahan bantuan yang amat diperlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Kita berharap Kementerian Kewangan boleh menyediakan bantuan kakitangan sokongan minimal secara fizikal melalui LHDN atau wakil daerah masing-masing untuk memudahkan proses permohonan khusus bagi masyarakat yang tidak mempunyai kemudahan capaian jalur lebar.

“Sayap Wirawati Putra juga berharap segala bentuk bantuan dari kerajaan seperti PRIHATIN, BSH, zakat mahupun bantuan kilat isalurkan dengan lebih mudah tanpa banyak proses birokras,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau menjelaskan, rakyat amat memerlukan bantuan kewangan sepanjang PKP kerana tidak dapat keluar bekerja menyara keluarga.

Katanya, semua wakil rakyat dan ketua kampung turun padang untuk memastikan penduduk kawasan mereka yang benar-benar memerlukan tidak tercicir dari saluran bantuan.

“Semoga tiada penyalahgunaan bantuan berlaku ketika rakyat menghadapi  kewangan yang sukar ketika ini.

“Bantuan kewangan kepada rakyat juga amat dihargai dan diharapkan semoga kebajikan rakyat terus dibela dan wabak Covid-19 dapat diatasi segera,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Klu nk permudahkan rakyat juga perlu bantu sama kerajaan dgn mematuhi semua arahan bru lah kerajaan dpt berkhidmat dgn lebih pantas lg..rakyat juga perlu bersabar dgn menurut segala arahan2 yg telah ditetapkan oleh pihak2 berkuasa agar wabak ini dpt diputuskan lebih cpt.SILA BERI KERJASAMA BUKAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Comments are closed.