Marino memberi indikasi nyata EPL berisiko tinggi akan dibatalkan tanpa pasukan bergelar juara musim ini.

LONDON – Para pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) di England bakal mengumumkan pembatalan liga musim ini akibat penuaran wabak Covid-19, kata Pengarah Kelab Udinese, Pierpaolo Marino.

Ia akan menyaksikan tiada juara mahupun pasukan disingkirkan daripada EPL pada musim ini.

Pengurus tertinggi EPL dalam kenyataan minggu lalu dikatakan cuba untuk melengkapkan musim ini tetapi enggan menetapkan tarikh baki perlawanan yang digantung sehingga 30 April ini disambung semula.

Mereka dilaporkan telah diberi kelulusan untuk meneruskan liga yang tertunda sehingga kini pada Jun ini secara tertutup, tanpa penyokong di stadium sekiranya keadaan bertambah baik.

Namun Pengarah Udinese itu mendakwa EPL akan mengikuti jejak langkah Belgium yang membatalkan terus liga di negara tersebut tanpa mengumumkan juara dan pasukan tersingkir dari carta liga.

Bercakap kepada Sports Italia, Marino yang berusia 65 tahun berkata, Persatuan Bola Sepak Belgium membatalkan terus liga domestik walaupun menerima amaran denda daripada Uefa.

“Di England, Liga Perdana dijangkakan mengeluarkan kenyataan sama seperti Belgium sebab situasi Covid-19 di sana semakin hari bertambah serius.

“Saya mahu kita semua meraihkan semula bola sepak selepas keadaan kembali normal, tidak kisah berapa lama tempoh yang diperlukan,” katanya.

Alexender Ceferin menafikan berita yang dilaporkan media di Eropah kononnya Liverpool akan digelar juara walaupun musim tertangguh setakat 29 perlawanan setakat ini memandangkan ada risiko tinggi EPL akan mengikut langkah Belgium membatalkan liga domestik tanpa juara.

Presiden Uefa Aleksander Ceferin menolak dakwaan bahawa EPL musim ini akan dibatalkan dan Liverpool akan digelar juara.

“Saya membaca dan mendengar beberapa berita palsu sekali lagi yang mendakwa kononnya Uefa akan menasihati liga untuk menamatkan musimnya sekarang tanpa baki melengkapkan baki saingan dan memuktamadkan kelab yang menduduki tangga teratas liga sebagai juara.

“Saya boleh mengesahkan di sini bahawa berita itu tidak benar sama sekali.

“Misi kami adalah untuk menamatkan liga-liga di Eropah dan kami tidak mengesyorkan apa-apa kepada persatuan bola sepak atau liga,” katanya.

Pendedahan sebenar itu akhirnya menolak segala berita yang disensasikan oleh beberapa akhbar tabloid di UK bahawa musim EPL yang ditunda selepas 29 perlawanan akan ditamatkan dan Liverpool akan digelar juara serta diserahkan piala EPL dalam dalam stadium yang kosong. – Agensi