Jose meyesal dengan perbuatannya melanggar perintah larangan Covid-19 yang dikuatkuasakan di UK ketika ini.

LONDON – Jose Mourinho meminta maaf secara terbuka kerana melanggar perintah larangan pergerakan Covid-19 dan mengadakan latihan bersama tiga pemain Tottenham Hotspurs.

Sekeping gambar mendedahkan Pengurus kelab itu berlatih dengan tiga pemain tular dalam laman media sosial semalam.

Perintah larangan keluar rumah, kecuali untuk mendapatkan keperluan asas dikuatkuasakan di United Kingdom.

“Saya sedar perlunya memainkan peranan sebagai menyokong petugas barisan hadapan negara yang sedang berusaha keras memerangi rantaian Covid-19 yang makin meningkat penularannya di peringkat global,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast