Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang bersiap sedia membuat kerja-kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2020

HULU LANGAT – Beberapa agensi penguatkuasa melakukan operasi nyah cemar di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 , dekat ini dalam usaha membendung penyebaran wabak Covid-19.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi tersebut iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Seorang anggota bomba sedang menguji kelengkapan sebelum melaksanakan kerja-kerja nyah cemar dalam Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2020

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati operasi itu bermula dengan taklimat pada jam 8.30 pagi oleh pasukan Hazmat yang dilengkapi dengan suit tyvek.

Difahamkan, operasi tersebut mengambil masa selama lima hingga enam jam dan dijangka berakhir pukul 3 petang nanti.

Seramai 42 anggota Hazmat dari beberapa balai di Selangor terlibat dalam operasi berkenaan manakala MPKj dianggotai 12 orang dan dua lagi pegawai dari KKM.

Seorang anggota bomba memakai pakaian lengkap sebelum memulakan Ops Sanitasi Awam di sekitar kawasan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2020

Berdasarkan pemerhatian, pasukan operasi dibahagikan kepada beberapa pecahan dan masing-masing bergerak mengikut kumpulan.

Operasi nyah cemar turut dilakukan di Kampung Jawa yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari operasi sebenar. –

Hulu Langat merupakan antara kawasan yang diisytiharkan zon merah penularan Covid-19 dengan merekodkan 345 kes setakat 12 tengah hari semalam. – MalaysiaGazette