KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti individu yang menyebarkan berita palsu mengenai pekerja Malaysia di Singapura membuat percubaan untuk balik beramai-ramai ke negara ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka yang berbuat demikan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang kerana menimbulkan rasa panik kepada rakyat terutama penduduk di selatan tanah air.

“Perkara ini serius telah sebabkan bimbang di Johor tentang kemasukan beramai seperti ini. Pihak polis telah kenalpasti mereka dan tindakan undang akan diambil kepada mereka.

“Tiada siapa yang terkecuali dan tinggi daripada undang. Mereka tidak akan terlepas biar apa kedudukan mereka,” katanya dalam sidang media di Perdana Putra hari ini.

Ismail Sabri dipercayai merujuk kepada status Facebook Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mendakwa pekerja Malaysia di Singapura membuat percubaan untuk balik beramai-ramai ke negara ini.

Fuziah bagaimanapun membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook beliau.

Ismail dalam pada itu menggesa agar pihak tidak bertanggungjawab itu menghentikan penyebaran berita palsu yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat ekoran penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Saya seru agar hentikan penyebaran berita palsu kerana tidak membantu apa-apa. Imigresen telah nafikan dan jelaskan rakaman itu adalah suyasana latihan kebakaran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.