Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Krisis Covid-19 yang dihadapi oleh negara ketika ini bukan masa untuk mencari siapa lebih popular, sebaliknya semua pihak perlu berusaha untuk mendepani dan menangani isu berkenaan secara bersama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia kini berdepan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk dalam sejarah, sehubungan itu usaha perlu ditumpukan untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini,” katanya menerusi akaun Twitternya @chedetofficial hari ini.- MalaysiaGazette]

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.