Gambar hiasan.

ANKARA – Iran digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 4.7 pada skala Richter yang melanda Khoy, wilayah Azerbaijan Barat.

Gempa berlaku pada 5.23 waktu tempatan (0053 GMT) dengan kedalaman 6.75 kilometer, lapor agensi berita Anadolu memetik agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turki (AFAD).

Tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda setakat ini.- BERNAMA