Paul Merson (kanan).

LONDON – Legenda, Arsenal Paul Merson berpendapat pilihan terbaik buat Alexis Sanchez pada masa ini adalah kembali ke Manchester United.

Menurut Merson, dia percaya bahawa di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini, aktiviti kelab untuk pemain membeli-belah secara mewah akan sangat terhad.

Justeru dia yakin United kemungkinan besar akan mempertahankan pemain sayap itu.

“Saya tidak terkejut andai Manchester United akan mengekalkan Alexis Sanchez musim depan.

“Dengan syarat-syarat ini, pasukan akan mengekalkan pemain yang mereka ada, tetapi pilihan lain juga dijangka mereka akan mencari gantian pemain lain.

“Untuk mencari pengganti mereka memerlukan sekitar 60 atau 70 juta pound. Saya rasa di bawah syarat-syarat ini, perpindahan yang besar seperti ini akan menjadi sukar,” ,” kata Merson kepada Sky Sports.

Pemain sayap kebangsaan Chile itu telah menjalani masa pinjaman di Itali hampir semusim.

Dia dipinjamkan oleh Solskjaer ke Inter Milan selepas gagal bersaing dalam barisan serangan United.

Meskipun begitu kelab Itali itu dilaporkan tidak akan mengekalkan Sanchez. Kerana pemain sayap itu tidak melakukan secara optimum di Itali, dia akan dihantar pulang ke Manchester United.

Merson menegaska Sanchez akan menjadi pemain yang berbeza apabila dia kembali ke Old Trafford nanti dan optimistik pemain itu boleh memainkan peranan penting di bahagian serangan United.

“Jika dia kembali dan bekerja lebih keras, maka dia akan lebih dihormati oleh orang, kerana tidak mungkin dia menjadi pemain buruk sekaligus selepas dia berjaya di Arsenal.

“United kini jauh lebih baik daripada United yang dia tinggalkan, jadi dia boleh menjadi pemain yang penting,” katanya. – MalaysiaGazette