JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan wajar meminda takwim persekolahan selaras dengan situasi semasa Covid-19 yang membawa kepada lanjutan Perintah kawalan Pergerakan (PKP), kata Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid.

Kata beliau, ini bagi mengelakkan tiada murid yang akan tercicir dalam pembelajaran sebelum menduduki peperiksaan.

“Ini adalah satu langkah proaktif KPM merancang pembaharuan selaras dengan tuntutan semasa negara demi memastikan anak watan terus mendapat pendidikan yang sempurna.

“Pindaan ini saya kira bukan saja memastikan murid-murid bebas daripada ancaman wabak Covid-19 apabila sesi persekolahan dibuka, malah memberi ruang sepenuhnya untuk murid-murid menelaah pelajaran sebelum menduduki peperiksaan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata langkah ini juga merupakan satu keperluan yang proaktif bagi KPM merancang pembaharuan selaras dengan tuntutan semasa negara demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna.

Semalam media memetik sumber sebagai berkata bahawa KPM dijangka meminda kesemua tarikh peperiksaan yang akan turut melibatkan penangguhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan PT3.

Begitu juga dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, baru-baru ini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut meminta agar KPM merombak semula takwim persekolahan 2020-2021 dengan membuat pengubahsuaian waktu cuti pada akhir tahun termasuk jadual peperiksaan.

Mustafa dalam masa sama turut menuntut agar KPM menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan murid luar bandar.

Jelas beliau ini kerana masyarakat yang tinggal di luar bandar sudah tentu mengalami kesukaran untuk mendapat khidmat internet untuk menyertai sistem pembelajaran atas talian yang sedang dilaksanakan.

“Walaupun KPM melakukakan pendidikan secara dalam talian melalui e-learning dan TV pendidikan, namun bagi masyarakat yang tinggal di luar bandar pastinya berdepan kesukaran untuk mendapat liputan internet apatah lagi untuk melaksanakan pembelajaran secara online di rumah masing-masing.

Jadi, saya kira KPM perlu ada mekanisme khusus bagi memastikan kumpulan ini tidak ketinggalan dan tercicir pelajaran mereka,” tambah beliau.-MalaysiaGazette