full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Setiap Ahli Parlimen diperuntukan kira-kira RM100,000 bagi melancarkan usaha membantu rakyat di kawasan masing-masing yang terjejas berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan itu disediakan kerajaan bagi fasa pertama.

Katanya, semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan ini, dan setiap mereka boleh membelanjakan sehingga RM400,000 bagi tujuan membantu rakyat yang memerlukan.

“Sumbangan juga akan diagihkan pada Ramadan dan menjelang Syawal,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Ketika ini, kebanyakan pemimpin, tidak kira parti politik giat turun padang membantu rakyat dengan menghulurkan bekalan makanan, peralatan perlindungan diri (PPE) seperti topeng hidung dan mulut.

Rakyat menghadapi kesukaran mendapatkan barangan keperluan harian kerana ada antaranya kehilangan punca pendapatan akibat penutupan syarikat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain bantuan dari pemimpin politik, rakyat pelbagai kategori juga turut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dari kerajaan Pusat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast