Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantung keahlian Ketua Wanitanya, Haniza Talha.

Haniza digantung kerana menghadiri pertemuan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

“PKR pun gantung keahlian ketua wanita PKR kerana dia berjumpa dengan “pengkhianat” Azmin.

”Dikatakan derhaka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tetapi, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Sebelum ini, Anwar pernah menggelar Muhyiddin sebagai pengkhianat demokrasi.

”Ini bukan derhaka juga ke?

”Bila PKR mahu gantung keahlian bakal PM ke-5/6/7/8/9?,” sindirnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

11 Komen

  1. jumpa dengan pm berbeza weh najib. banding jumpa dengan azmin. padahal kau dah pernah jadi pm. perkara begini pun kau tak dapat bezakan. kesian ko …..

  2. X kira la jumpa siapa pn,isu nya skrgni ialah jumpa penderhaka,walaupun dia adik kita sndiri,isunya derhaka,so ni lh msaalhnya p.h bos boley ank buah x boleh,dh mcm bapak singa ,ank buah mcm nk mati cari habuan untuk bos yg sihat walafiat tu bedal dulu.sifat pentingkn diri dlm p,h ni patut nya dh berubah bila kita tengok gelombang penolakan rakyat trhdp p.h secara besar besaran skrgni,luka parah rakyat di msa pentadbiran kamu sebelum msih belum pulih lg.drp kami di heret,hentak,di pijak oleh polis,demi perjuang kn janji kosong,kamu,xde satu pn pulangan hasil nya pd rakyat setelah kmu brjaya kmi naikkn.kita bukn kaki ampu x tentu pasal pd mna mna individu,tp kmi cuma hendakkn pemerintahan adil,apth lg kerajaan terbaru ini di ujud kn oleh tun sendiri(pm ph) setelah menyedari mentri yg ada skrgni adalh singa lapar yg taunya keje nk membaham rakyat bukn sebaliknya.mujur usaha itu berjaya ,malah sgt bersyukur negara di bebaskn dri cengkaman anda.stu lg ph ptut d tukar nama kpd PHA paktn harapn anwr je dh sbnrnya.

  3. Benda simple mcm ni pun nak diviralkan. Nampak tak cerdik YB….
    Biarkan ketua pembangkang jalankan kerja dia, yg mmg sepatutnya dia berfungsi sebagai check and balance kpd kerajaan….tanggungjawab dan amanah dr rakyat.
    Cukup2 lah berpolitik. Rakyat dah jelak.

  4. Geng PH dok meroyan…masa memerintah aysik doj bergaduh sesama sendiri berebut jawatan PM

  5. Dulu setiap hari hentam konon PN kerajaan haram ‘pintu belakang’, sekarang sudah halal ka?

  6. Oiiiiiii jib..
    Itu lah besarnya jiwa anwar yg tak ada pada pemimpin di malaysia ini.

    Soal pengkhianatan yg dilakukan itu biarlah Allah yg balas.

    Tapi segi perlembagaan anwar kena terima hakikat , muhyidin adalah pm yg diiktiraf.

    Sebagai ahli parlimen@mgkin sebagai ketua pembangkang anwar ada hak utk berjumpa & pm mesti terima permintaan anwar.

    CUMA KAU JE JIB.
    KERAJAAN INI DAH SEBAHAGIAN DARI KERAJAAN KAU@UMNO.
    KAU KAN PUNAHSIHAT PADA UMNO.
    PATUTNYA KAU YG PATUT DULU JUMPA MUHYIDIN.

    KENAPA TAK NAK JUMPA ??
    #takutkenaludahke

Comments are closed.