Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump telah mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan sumbangan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga Amerika Syarikat menilai semula maklum balas badan tersebut ke atas krisis Covid-19.

Trump pada sidang media di White House mendakwa WHO telah “gagal dalam tugas dasarnya dan mesti bertanggungjawab.”

Beliau mendakwa WHO telah mempromosikan “maklumat palsu” China tentang virus berkenaan hingga menyebabkan ia merebak secara meluas ke seluruh dunia.

Amerika Syarikat adalah penderma terbesar kepada WHO yang berpusat di Geneva, menyumbang lebih dari AS$ 400 juta pada tahun 2019, kira-kira 15% daripada bajet pertubuhan itu.

Keputusan Amerika Syarikat itu sudah dijangkakan berikutan tindakan Trump yang mengkritik WHO secara berterusan,

Malah, beliau juga berang terhadap kritikan ke atas pentadbirannya dalam menangani wabak tersebut.

Tindakan Trump ke atas WHO bagaimanapun dikecam oleh Persatuan Perubatan Amerika yang menyifatkan keputusan berkenaan sebagai langkah yang silap.

Presidennya, Dr Patrice Harris berkata, langkah itu menyebabkan usaha membendung Covid-19 semakin sukar dan menggesa mempertimbangkan keputusan tersebut semula.

Presiden Republik itu telah menuduh WHO terlalu baik dengan China pada awal penularan wabak itu, menyebabkan hingga mengakibatkan banyak kematian akibat gagal melaksanakan sekatan larangan perjalanan ke China.

“WHO gagal dalam tugas asas ini dan mereka harus dipertanggungjawabkan,” tegas Trump.

Angka kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat mencecah 25,700 orang pada hari Selasa, dengan lebih daripada 600,000 kes jangkitan yang diketahui, menurut laporan Reuters. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. DARK DAYS AHEAD! Trump meggelar virus pembunuh ini sebagai Chinese Virus.

    Banyak surau2, masjid2 kini di LOCKDOWN! Ianya benar2 menyusahkan seluruh umat manusia!

  2. Beliau mendakwa WHO telah mempromosikan “maklumat palsu” China tentang virus berkenaan hingga menyebabkan ia merebak secara meluas ke seluruh dunia.

    Hati2 dengan MAKLUMAT PALSU @FAKE INFORMATION!

Comments are closed.