Mohd Alfie Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR – Presiden parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan rakan kongsi yang berhak menasihati Perdana Menteri segala urusan pentadbiran negara.

Oleh itu, teguran seorang anggota Exco Armada Nasional terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyuarakan pandangannya berhubung tuntutan perjawatan khususnya kepada beberapa pimpinan UMNO Sabah, sebagai dangkal.

Tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd Alfie Zainal Abidin, Exco berkenaan, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir dengan jelas telah menghina Pesiden UMNO yang merupakan rakan komponen kerajaan PN.

“Kenyataan Exco Armada itu yang mendesak Ahmad Zahid untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran PN telah menyentuh sensitiviti dan melukakan hati ahli UMNO.

“Ini merupakan kenyataan yang dangkal dari seorang yang bertaraf Exco Nasional kerana semua presiden parti yang membentuk kerajaan PN merupakan rakan kongsi yang berhak untuk menasihati Perdana Menteri berkenaan segala urusan pentadbiran negara.

“Kami juga percaya dengan kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang amat menghormati pandangan semua Presiden parti yang membentuk kerajaan ketika ini,” katanya menjawab kenyataan Exco Armada Nasional itu, hari ini.

Semalam, Mohd. Ashraf Mustaqim dalam kenyataannya kepada media meminta Ahmad Zahid jangan campur tangan secara berlebihan urusan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin.

Beliau dilaporkan berkata, Presiden UMNO itu perlu menghormati Perdana Menteri dalam soal tuntutan perjawatan kerana ia hak prerogatifnya.

Mohd Alfie mempersoalkan tindakan anngota Exco Armada Nasional itu yang seolah hendak melagakan Presiden UMNO untuk menghancurkan PN dengan memberi ruang kepada DAP untuk kembali mentadbir kerajaan.

Beliau minta kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi perhatian serius terhadap perkara itu dengan mengambil tindakan tatatertib kepada ahli parti itu yang melampaui batas dalam kritikan terhadap Presiden komponen PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Budak Alfie ni dia masih bermimpi atau mengigau agaknya yg PPBM sekarang masih dlm PH lg….Alfie ni melayu mudah lupa…UMNOPAS adalah rakan kongsi dan majoriti dlm PN…

  2. BN ; PAS dan PBS keluar dari gabungan PN. Kita adakan PRU 15, baru tau sapa ada sokongan rakyat atau tidak. Ini budak2 yang masih berhingus nak jadi AYAM JANTAN kokok ye kuat tapi ELEK jadi kuat le bersuara nak dikenali oleh boss kut kut ada jawatan KELAS A nak di bagi. Ini semua style TISU gendang kosong memang le kuat berbunyi. FIKIR FIKIR le sendiri ini penting tembolok sendiri.

  3. Jgn jd barua lah alfie .. kau tsk sedar diri ke tanpa UMNO dlm PN .. kerajaan PN takkan ujudlah banggang punya manusia .. jgn nak tunjuk jaguh puak .. puiii

  4. ..sampah jgn sorok bawah karpet…menyapu sampah tu menegur umpama membersihkan…
    Pesan orang tua tua dulu

  5. Perikatan gila kuasa.Semua dah dapat habuan dengan 70 kabinet masih tak puad hati. Sudahlah sanggup.meruntuhkan rumah tangga PH kerana kemaruk kuasa dan tedesak kuasa. Beginilah bila dapat kuasa dengan cara kotork

Comments are closed.