Dr Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – Garang sekali pemimpin DAP mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Dewan Rakyat memutuskan persidangan pada 18 Mei ini hanya berlangsung satu hari berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti bisu apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang mana DAP sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), bersidang hanya 25 minit pada Khamis lalu.

Menurut penganalisa politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof, begitu bekas Menteri Industri Utama itu seolah terkunci mulutnya apabila DUN kerajaan DAP Pulau Pinang bersidang kurang dua jam.

“Semalam DUN Pulau Pinang yang kerajaannya dipimpin oleh DAP bersidang kurang dua jam, lidah Teresa Kok turut terkunci.

“Tapi, bila mengulas sidang Parlimen, beliau kata walaupun sekarang musim Covid-19, tindakan Dewan Rakyat bersidang satu langsung tidak boleh diterima dan bercanggah dengan konsep demokrasi berparlimen.

“Dia tuduh pula tindakan itu menunjukkan yang kerajaan menghina peranan dan fungsi Parlimen serta cuba menghalang peranan sah Parlimen,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, tindakan Teresa itu menunjukkan DAP sebuah parti politik yang hipokrit, apabila mereka buat benda sama dengan alasan yang sama, tidak apa, tetapi bila orang lain buat, terus tidak boleh.

Dewan Rakyat semalam, menghantar surat pemberitahuan kepada Ahli Parlimen bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini bersidang satu hari bagi mematuhi peraturan PKP.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat itu dihantar menerusi e-mel Ahli Parlimen masing-masing.

Menerusi surat itu, Parlimen menyatakan, sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas ini tidak ada sesi pertanyaan jawab lisan.

9 Komen

  1. Simpan lah lu punya tai-chi la nyonya…
    Sekarang bukan lu punya parti jd goverment… Satu hari lg byk baik dari 25 minit / 2 jam… (itu negeri punya dewan meeting lu x punya tai – chi x ada bunyi yoo….

  2. Sekarang rakyat x kerja lu buka lah stu ladang buluh 1000hektar bleh kasi rakyat kerja

  3. Biasa la pembangkang kaki pusing. Kalau buat sehari, dia komplen tak demokrasi, kalau buat 3 4 hari, bleh jd dia p report kata taknpatuh PKP, patut ditangkap pulak.. akai semuatu.

  4. Bila terlebih jilat inilah jadi.
    Walaupun cerdik & berpendidikan tinggi.
    Jadi bahan ketawa melebihi raja lawak.

    Fikirlah..
    Sidang dun tiada permintaan perbahasan yg dirasakan penting diutamakan.
    Dan semua adun tiada bantahan.

    Sidang parlimen pula ada permintaan perbahasan yg dirasakan utk kepentingan [email protected]
    Ahli parlimen ada bantahan.

Comments are closed.