KUALA LUMPUR – Hari ini viral beberapa keping gambar Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Bagan Serai itu dilihat berkumpul dengan beberapa orang masyarakat di Maahad Tahfiz di kawasan Lenggong.

Turut hadir di kawasan itu adalah Exco Perak, Razman Zakaria.

Sejurus selepas itu, satu majlis makan beramai-ramai diadakan tanpa penjarakan sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Dalam satu status di laman Facebook beliau, Dato Dr. Haji Noor Azmi, beliau dilihat diraikan dengan juadah masakan kampung.

“YBTMK 1 dan rombongan singgah di Maahad Tahfiz di Lenggong yang diusahakan oleh YB Exco, Tuan Haji Razman dan diraikan dengan juadah masakan kampung,” tulis beliau di Facebooknya.

Bagaimanapun, carian di Facebook mengenai akaun itu mendapati ianya telah dipadamkan, hari ini.

KKM sebelum ini berkata, sesiapa sahaja yang didapati berkumpul dalam mana-mana keramaian, walaupun sudah diarahkan untuk mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan berdepan hukuman dua tahun penjara.

KKM turut menegaskan, perkara itu terkandung dalam Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurut Seksyen 11(4) Akta 342, dibaca bersama Seksyen 24(a) Akta sama, keingkaran larangan adalah satu jenayah dan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya seseorang ditangkap untuk kali kedua melanggar arahan sama, tempoh penjara dinaikkan kepada lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Semalam adalah hari ke 31, perintah PKP dilaksanakan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

13 Komen

  1. Menteri PN ni Melayu ulu tak dak kelas. TSMY klau sebulan skali saja nak duk atas takhta tentu pasal sebab kesihatan tu! Lebih baik kerajaan PN berundur saja klau nak mertabatkan bangsa Melayu tak payahlah! Klau Menteri Melayu macam ni buat malu kompeni saja.
    Sekarang kita nak tanya PDRM atau PM TSMY nak buat apa?

  2. Sepatutnya perkara begini tidak terjadi, lebih2 lg ianya dilakukan oleh seorang MENTERI. Arahan PKP ini utk semua rakyat TIDAK TERKECUALI siapa pun mereka. Usah guna kedudukan & pangkat utk MELANGGAR arahan PKP. Justeru itu, tindakan yg setimpal perlu dikenakan agarnya menjadi tauladan kpd yg lain, usah berpilih utk dikenakan tindakan. Jika rakyat marheim sampai ke lubang cacing PDRM mencarinya. Jadi biarlah tindakan itu adil kpd semua, tidak kira siapa mereka jika melanggar arahan PKP tindakan yg sama perlu dan mesti dikenakan!

  3. Diharapkan pihak PDRM/KKM siasat perkara ini. Dan kepada TMK1 dan EXCO Negeri Perak yg kalau betul atau tidak seperti berita yang dilapurkan segeralah beri kenyataan balas atas kapasiti peribadi. Jangan pula kita dikatakan atau dianggap sebagai kebal dengan undang2 sewaktu PKP. TOLONG BUAT KENYATAAN TENTANG PERKARA INI. INGAT RAKYAT MENUNTUT PENJELASAN DARI ANDA.

  4. X payah jawab la…TMK 1 dlm tugas.. N perlu makan.. Jgn ambil hal dari komplen Phancimg…

  5. Dia menteri apa nak hairan kan pekara biasa lh tu macam kita sekolah dulu buat apa yg chik gu suruh tp jgan buat apa yg chik gu buat…lampu merah menteri bleh jalan rakyat lampu hijau kena berhenti klu menteri lalu.biadap nama nya kalu org jemput makan kita tolak…..dah2lah ph masa kau dulu pun apa kurang nya mana mau sama rakyat dgn menteri rakyaat merayap menteri melawat….

  6. mn2 org ph yg langgar…kita amek tindakan tegas…. org pn kita ajak mkn sedap2… masakan kampung…..sekat jerut terus org ph dari buat bising….

  7. Sepatut mereka menteri2 menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia. Tapi tindakan membelakangkan arahan amat dikesali kerana merosakkan etika PKPD…kalau pesalah melanggar PKP polis tangkap dan saman. Disarankan kepada TSMY agar menasihati menteri ini untuk meletakan jawatan secara sukarela sebagai Tim. Menteri Kewangan 1 bagi menghormati suara rakyat yang kecewa.

Comments are closed.