KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan memandang serius tindakan sesetengah pemimpin yang mencabuli arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika orang biasa diancam dengan tindakan tegas oleh pihak berkuasa sekiranya melanggar PKP, pemimpin politik ini secara terang-terangan pula mempamerkan aktiviti mereka yang langsung tidak berkaitan dengan kumpulan teras dalam menghadapi ancaman Covid-19.

”Apakah pemimpin politik ini juga tergolong dalam kumpulan kayangan yang mahukan layanan istimewa? Adakah sistem perundangan kita mempunyai klausa istimewa untuk golongan ini?,” soal Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razab.

Beliau mengulas mengenai gambar pertemuan Menteri Besar Terengganu dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang turut disertai sekumpulan penyokong.

Begitu juga gambar lawatan Timbalan Menteri Kesihatan bersama rombongan beliau yang dikatakan singgah di sebuah sekolah persendirian yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

Sehubungan itu, katanya, AMK menuntut agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan ke atas mana-mana pemimpin politik yang secara jelas melanggar PKP.

Katanya, pemimpin wajar mempamerkan contoh terbaik kepada rakyat dan meyakinkan rakyat agar patuh kepada PKP demi keselamatan semua.

”Namun malangnya perkara ini dicabuli sendiri oleh sesetengah pemimpin hanya kerana kepentingan politik,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bangang punyer manusia!!! Elok je mentedarah.. X faham pkp ke?? Tak sekolah ke?? Otak kat jubo ke??

  2. In syaa Allah.
    Kerajaan akan ambil tindakan yang sama.
    Masuk lokap sama2 rakyat yg ingkar.
    Arahan pkp ke 3 ni terus masuk lokap.

Comments are closed.