KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang dilihat sedang menjamu selera beramai-ramai di Lenggong ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu contoh yang tidak baik dan wajar ditegur, lebih-lebih lagi beliau memegang portfolio di Kementerian Kesihatan.
Sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi sepatutnya lebih arif mengenai peraturan asas PKP iaitu berkaitan penjarakkan sosial dan larangan berkumpul, kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.
Tambahan pula, kebanyakan peraturan dan larangan seumpama ini digubal dan diputuskan oleh kementerian beliau sendiri sebagai kementerian barisan hadapan negara memerangi pandemik Covid-19.
”Noor Azmi bukan sahaja patut memahaminya tetapi juga wajib mematuhinya dengan bersungguh-sungguh melebihi orang lain. Malangnya, beliau sendiri telah menunjukkan teladan yang amat buruk sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebagai contohnya, katanya, di Tampin, dua warga emas yang tinggal bersendirian masing-masing didenda RM1,000 kerana dikatakan melanggar PKP ketika menunggu pengagihan makan tengah hari percuma.
Ini jelas menunjukkan layanan berbeza terhadap seorang timbalan menteri dan rakyat biasa walaupun kesalahan sama dilakukan.
Di bawah PKP, penguatkuasaan undang-undang mestilah tegas dan tidak berat sebelah dan sangat penting melindungi kewibawaan dan kredibiliti kerajaan.
”Kami bersimpati dengan dua warga emas tersebut yang telah dikenakan tindakan. Dalam masa sama, pihak berkuasa yang menjalankan tugas disarankan supaya meneliti terlebih dahulu situasi sebenar yang menimpa seseorang sebelum mengeluarkan saman atau denda,” katanya. – MalaysiaGazette
Tindakan saman dan denda WAJIB dikenakan keatas Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali atas salah laku arahan PKP sepertimana yang telah dikuatkuasakan sekarang. Ini menunjukkan keadilan undang-undang Malaysia tanpa mengira status dan darjat. Jika kerajaan sekarang (PN) mahukan sokongan padu daripada rakyat untuk mentadbir negara dengan lebih lama maka tindakan keatas kesalahan Datuk Dr. Noor Azmi ini perlu diambil dengan ketegasan tanpa memutarbelitkan rakyat dengan tektik undang-undang. Rakyat zaman sekarang ada lagi bijak daripada menteri atau pemimpin sekarang. Cuma jawatan dan kuasa mentadbir menyebelahi mereka. Tetapi harus di ingat bahawa kerjaya menteri terletak dalam genggaman rakyat semasa pengundian.
Aku tgok tak ada yg tak kena pun pd TM Azmi tu…org2 di luar sana perlu nk myalak lh ya..klu btul salah kecil pun..biar pdrm yg buat siasatan..buk. puak2 ko duk myalak..bnda kcil mcn tu riuh sngra…ingat skrg puak2 anjing dap n ph sdang cari kesalahan krjaan pn..tak pyh lh nk ikut myalak mcn anjing yg sdng myalak olh puak2 dap ph lh ya…jadi lh org politik yg matang dn bijak…jgn jadi bodoh mcn puak2 dapph ya..puak2 ni pasa kilang arak buka pda pkp , puak2 ko tak myalah pula, klu bnda mcn ni kcil duk mylak riuh snegara..fikir2 lh ya..jgn duk nk ikut permainan puak2 dapig dan ph ya..
Ini kerajaan pintu belakang la bro! Tak ada siapa pun undi depa jadi kerajaan. This is a coup, hijack gomen. Pasal beer, gunting rambut tu tolong tanya DS Azmin, awak tu periksa fakta awak dulu. Ia tak ada kena mengena dgn kerajaan PH. Salah tetap salah Timb Menteri ni sepatutnya di sumbat dalam penjara PKP,