Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Operasi mesin ATM dihadkan kepada 8 pagi hingga 8 malam sahaja bagi mengelakan pergerakan orang ramai pada waktu malam dengan alasan untuk membuat urusan perbankan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerima laporan daripada pihak polis yang memaklumkan, ramai yang keluar pada waktu malam dengan menggunakan alasan untuk melakukan urusan perbankan apabila disoal.

“Sebelum ini kita membenarkan mesin ATM untuk beroperasi selama 24 jam tetapi PDRM melaporkan ramai yang keluar malam dengan memberi alasan untuk mengeluarkan wang.

“Dengan itu mesyuarat memutuskan supaya waktu operasi mesin ATM dihadkan kepada 8 pagi sehingga 8 malam jadi tiada lagi alasan untuk keluar pada tengah-tengah malam,” katanya semasa sidang media hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan keputusan kerajaan supaya urusan pendaftaran kelahiran atau kematian dilanjutkan kepada 90 hari selepas tarikh Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) ditamatkan.

Bagi kes-kes kehilangan kad pengenalan, sijil kematian atau sijil kelahiran yang memerlukan dokumen tersebut dengan segera, orang ramai boleh menghubung Pejabat Pendaftaran di daerah masing-masing untuk membuat temujanji dengan pegawai bertugas.

Sekiranya tiada keperluan mendesak untuk menggunakan dokumen berkenaan, mereka boleh melakukan urusan tersebut selepas PKP tamat, jelas.

“Susulan arahan PKP, ramai yang bertanyakan mengenai urusan melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Maka Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran kelahiran atau kematian selama 90 hari selepas PKP ditamatkant,” katanya lagi.

Bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara, tempoh pelanjutan 90 hari itu adalah mengikut tarikh tamat tempoh PKP atau darurat di negara di mana mereka sedang berada.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast