Datuk Seri Tiong King Sing.-Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR – Selepas menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Tiong King Sing dilantik menjadi duta khas perdana menteri ke China yang bertaraf menteri.

Pelantikan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kata kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

King Sing yang juga ahli Parlimen Bintulu pernah berkhidmat sebagai duta khas perdana menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga tahun 2018.

Sebelum itu, Perdana Menteri melantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri.- MalaysiaGazette

 

2 Komen

Comments are closed.