Sebahagian pelajar UTeM melancarkan program Derma Darah Musim PKP bagi membantu menambahkan bekalan tabung darah di Hospital Melaka hari ini.

KUALA LUMPUR – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Universiti Teknikal Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tetap menyahut seruan bagi menderma darah bagi meningkatkan kembali bekalan darah di Hospital Melaka yang semakin berkurangan.

Program Derma Darah Musim PKP itu telah diadakan bertempat di Kafetaria Satria, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka hari ini.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, ini adalah antara sumbangan yang diusahakan bagi membantu Jabatan Perubatan Transfusi
Hospital Melaka yang amat-amat memerlukan bekalan darah.

“Apatah pula di musim PKP yang kian hampir memasuki bulan Ramadan ini yang mana bekalan darah pula semakin berkurangan sedangkan situasi amat memerlukan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

UTeM melancarkan program Derma Darah Musim PKP bagi membantu menambahkan bekalan tabung darah di Hospital Melaka hari ini.

Menurut Dr. Raha, gerak kerja pengurusan derma darah dilaksanakan oleh Pusat Kesihatan UTeM dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Melaka dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus yang telah ditetapkan bersesuaian musim penularan Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr Mohammad Fuzi Saidin pula menyatakan gerak kerja pihaknya mengikut SOP sepenuhnya di samping bilangan penderma yang dibenarkan adalah seramai kurang dari 50 orang pelajar sahaja.

Ujar beliau, para penderma dalam kalangan pelajar pula adalah mereka yang memang tinggal dalam Kampus UTeM sejak dari awal dan sepanjang tempoh PKP ini sahaja yang dibenarkan menderma.

Secara umumnya perjalanan operasi derma darah berjalan dengan lancar sekaligus menjayakan hasrat kami bagi meningkatkan bekalan darah di Hospital Melaka di musim PKP dan Ramadan ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast