Mason Greenwood

LONDON – Mason Greenwood dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran pinjaman sementara yang dilakukan oleh Borussia Dortmund untuk perpindahan musim panas nanti.

Menurut akhbar Daily Mail, Greenwood berkemungkinan besar dipinjamkan ke Dortmund selama dua tahun sebagai syarat perjanjian bagi mendapatkan Jadon Sancho.

Sebelum ini, Manchester United juga pernah meminjamkan Adnan Januzaj ke Dortmund.

Sancho kini dkatakan semakin hampir untuk menyertai skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer selepas tiga tahun meninggalkan Manchester City.

Sancho yang lahir di London meninggalkan City pada usia 17 tahun selepas tidak mendapat tempat di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Menurut laporan SunSports, kedua-dua pihak sudah bersetuju berhubung tempoh kontrak, gaji, bonus dan nilai tebus kontrak yang tinggi menerusi perbincangan yang dilakukan secara rahsia.

Kini, United hanya perlu menamatkan perbincangan mengenai yuran perpindahan dengan Dortmund yang dilaporkan bakal menjadi rekod perpindahan termahal kelab di England. – MalaysiaGazette