Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui nama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sering kali dikaitkan dengan isu wabak Covid-19.

Nama susuk badan yang acap kali keluar kaca televisyen dan media sosial itu kini trending di Twitter.

#HappyBirthdayDGHisham misalnya sudah diulang kicau sebanyak 8,369 kali di Twitter.

Pelayar Twitter, Alexa Sayiq berkata, beliau dan rakyat Malaysia kagum dengan komitmen yang ditunjukkan Noor Hisham selama empat bulan melawan Covid-19.

“Rakyat Malaysia benar-benar kagum dengan komitmennya yang tinggi untuk memerangi wabak tersebut #HappyBirthdayDGHisham,” katanya.

Pelayar Twitter, Ajina dalam pada itu berharap Noor Hisham terus kuat dalam mendepani penularan wabak Covid-19.

“Happy birthday, our national hero  #HappyBirthdayDGHisham,” katanya di Twitter.

“Happy birthday to our national hero, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Thank you for keeping us safe! #HappyBirthdayDGHisham,” komen emakayah.com.

Pelayar Twitter, Wana pula mengharapkan agar Noor Hisham terus sihat dan mendoakan petugas barisan hadapan terus dikurniakan kesihatan dalam melawan Covid-19.

“Semoga Allah pelihara @DGHisham dan sentiasa dalam limpahan rahmat dunia dan akhirat.

“Jutaan terima kasih kerana ketua barisan hadapan yg tegas dan dihormati serta sentiasa mementingkan tugasan demi melaksanakan amanah yg dipikul,” katanya di Twitter.

Dalam ucapan terima kasih Noor Hisham kepada semua rakyat Malaysia, beliau menasihatkan orang ramai agar terus duduk di rumah bagi memerangi penularan Covid-19.

“Sempena hari jadi saya hari ini, hadiah paling istimewa bagi saya adalah kalau boleh dapat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” kata beliau. -MalaysiaGazette