Anggota Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersiap sedia membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selayang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 15 APRIL 2020

STIGMA merupakan penanda aib yang mengasingkan atau memulaukan seseorang, daripada orang awam yang lain. Perkara ini biasa dilihat di sepanjang sejarah umat manusia. Sebagai contoh, semasa wabak seperti selesema Sepanyol dan kematian
atau wabak hitam, satu masyarakat atau golongan tertentu telah dituduh sebagai punca penyebabnya dan telah diasingkan dan dikucilkan.

Selesema Sepanyol tidak bermula di Sepanyol tetapi – sama seperti China yang pertama kali merekod dan mengambil tindakan menyeluruh membendung wabak Covid-19 di ketika ini – Sepanyol telah mencatatkan dan melaporkan dengan tepat di media, serta menunjukkan bilangan besar kes yang dikesan semasa wabak 1918-1920. Oleh disebabkan itu, malangnya, negara tersebut telah dihubung kait rapat dengan wabak-
wabak ini.

Dengan wabak HIV/AIDS, kita biasa melihat individu penghidap penyakit itu dilabel dengan nama penyakit mereka. Mereka tidak lagi dilihat sebagai seorang individu, tetapi sebagai sebahagian daripada kumpulan stereotaip tersebut. Di beberapa
pelusuk dunia sekarang ini, kita mula melihat perkembangan yang serupa berlaku dengan wabak Covid-19, di mana sikap dan kepercayaan negatif mula menular.

Prasangka negatif ini, berkemungkinan besar, akan menyebabkan diskriminasi – dalam kes ini, terhadap pekerja kesihatan.

Jasa mereka sepatutnya dihargai namun perkara yang sebaliknya terjadi, yang mana mereka menghadapi penghindaran dan penolakan sosial, di beberapa negara tertentu. Baru-baru ini terdapat beberapa laporan yang memeranjatkan dari India
dan Filipina, di mana pekerja penjagaan kesihatan barisan depan mereka, mengalami gangguan, diskriminasi dan malah yang paling teruk lagi, mereka telah diserang secara fizikal. Ketakutan orang awam tentang kemungkinan jangkitan oleh pekerja kesihatan ini, menyebabkan mereka dikasari, diusir dari rumah sewa mereka oleh tuan tanah atau dijauhi serta dipulaukan oleh jiran-tetangga mereka.

Kejahilan dan ketakutan orang ramai membuat mereka bertingkah laku dengan mentaliti atau pemikiran kumpulan atau gerombolan, terhadap pekerja penjagaan kesihatan, tidak ubah seperti sikap diskriminasi yang dimiliki oleh orang Amerika terhadap pendatang Eropah, semasa wabak selsema Sepanyol seabad yang lalu. Kita perlu bersyukur antagonisme kejam terhadap pekerja kesihatan seperti ini belum pernah berlaku di Malaysia.

Mudah-mudahan perkara seperti ini tidak akan menonjol di sini. Namun begitu, semua pihak  berkepentingan, termasuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat, harus sentiasa berwaspada dan bersiap sedia untuk menentang dan melupuskan gejala tersebut, sebaik sahaja ia berputik.

Fakta sebenar perlu disebarkan melalui pernyataan-pernyataan di media sosial, terutamanya untuk menangani persepsi salah masyarakat, bahawa mereka menimbulkan risiko menyebarkan jangkitan ini kepada masyarakat Setakat ini, rakyat Malaysia masih terus memberi penghormatan kepada pekerja kesihatan dan responden-responden yang lainnya. Rakyat Malaysia sangat menghargai jasa mereka yang tidak ternilai demi bangsa dan negara, dalam membantu memastikan penyakit ini tidak merebak lebih jauh.

Buat masa ini, pekerja penjagaan kesihatan meluangkan masa yang banyak untuk melaksanakan beban kerja yang amat berat, di persekitaran kerja yang amat mencabar, sambil menghadapi risiko dijangkiti setiap hari. Kerisauan menjadi stigma
sebagai "pembawa Covid-19" berkemungkinan menjadi kenyataan. Cara paling berkesan untuk meredakan kerisauan masyarakat mengenai risiko jangkitan dari pekerja kesihatan, adalah dengan mengisytiharkan tanggungjawab
pihak-pihak tertentu, supaya langkah-langkah meminimumkan risiko jangkitan di kalangan mereka di ambil dan dijalankan dengan tegas. Langkah utama adalah dengan memastikan pekerja kesihatan memiliki pakaian dan peralatan pelindung
yang sesuai dan mencukupi – apa yang kita semua ketahui sebagai "peralatan perlindungan diri" atau PPE.
Rakyat Malaysia amat beruntung kerana penglibatan agensi kesihatan awam kita sangat ketara sejak kemerdekaan, pada tahun 1957.

Malaysia mencatat banyak kemajuan yang membanggakan, dalam membasmi beberapa penyakit berjangkit. Indeks kematian bayi dan kesihatan ibu, juga terus menjadi kecemburuan negara
membangun. Oleh itu, telah terdapat bukti-bukti menunjukkan jika strategi kesihatan awam serta semangat masa lalu diterapkan pada kondisi sekarang, kita akan dapat terus
meningkatkan kesedaran tentang Covid-19, serta menangani rasa ketakutan penduduk. Peranan menyebarkan maklumat yang tepat mengenai bagaimana virus itu merebak, juga amat penting.
Pencapaian negara kita dalam setengah abad yang lalu, juga berpusar di sekitar penglibatan masyarakat tempatan dari peringkat awal, mengenai semua langkah-langkah pengawalan/ pencegahan. Dalam konteks Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), penglibatan seperti itu mungkin mencabar.

Walau  bagaimanapun, komunikasi berkala dengan pemimpin masyarakat dan pemimpin-pemimpin agama, akan membantu membina kepercayaan dan memastikan keberkesanan penglibatan kesihatan awam ini. Penyusunan sedemikian juga memainkan peranan penting dalam memerangi stigma dan akan membantu membina kepercayaan kepada sistem yang ditetapkan. Walaupun langkah berjaga-jaga yang ketat diambil untuk mengelak jangkitan wabak, pekerja kesihatan barisan depan tidak boleh mengabaikan kesihatan psikologi mereka. Perasaan sangat tertekan mungkin juga timbul kerana mereka harus memainkan peranan penting untuk sentiasa memaparkan sikap bertanggungjawab terhadap amalan sosial jarak jauh dan amalan kebersihan yang tinggi, walaupun pada ketika mereka tidak bertugas.

Mereka harus memantau dan mengetahui had peribadi mereka dan berbicara dengan penyelia mereka, jika mereka mula bergelut untuk mengatasi situasi ini supaya mereka dapat berfungsi dengan optimum, penjagaan kesihatan diri mereka
sangat penting. Rehat yang cukup serta pemakanan yang berzat adalah sangat mustahak. Amat penting juga bagi barisan depan untuk menghindari strategi tidak sihat untuk mengatasi tekanan kerja atau peribadi, seperti menggunakan tembakau, alkohol, bahan terlarang atau mengambil ubat tidur.

Pekerja penjagaan kesihatan harus menggunakan atau bersandar kepada strategi peribadi yang baik dan berjaya menenangkan mereka pada masa lampau, ketika mereka mengalami tekanan kerja yang berlebihan, termasuk sokongan rohani dan
keagamaan. Secara umumnya, mereka tidak perlu mencuba atau mencari teknik pengurusan tekanan yang baru diperkenalkan .

Pekerja kesihatan barisan hadapan disarankan untuk  mendapatkan sokongan daripada rakan sekerja melalui sesi perbincangan dan atau taklimat ’debriefing’ di tempat kerja. Sesi seperti itu, sebaiknya diadakan pada akhir syif kerja dan sekurang-kurangnya sekali sehari.

’Debriefing’ yang mungkin hanya mengambil masa beberapa ketika itu sangat berguna untuk membolehkan pekerja kesihatan merenung dan memulihkan semangat mereka. Sesi ini juga bertujuan untuk memberi peluang pekerja-pekerja untuk menjelaskan apa-apa salah tanggapan atau khabar angin yang timbul. Sesi harian seperti itu sepatutnya diwajibkan, sekurang-kurangnya dalam tempoh yang mencabar ini. Dalam kes dekompensasi atau keruntuhan psikologi yang serius, bantuan
profesional dari pakar kesihatan mental harus dipermudahkan .

Oleh: Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj, perunding psikiatri dan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast