KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa mereka harus menjalani kuarantin selama 14 hari apabila pulang dari luar negara.

Dengan nada tegas, beliau berkata, ini kerana terdapat kluster baharu yang dikesan daripada rakyat negara ini yang pulang ke Malaysia, baru-baru ini.

“Saya tahu ramai cakap mengenai rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara. Semalam, @DGHisham kata 95 kes #COVID19 ada kaitan dgn kumpulan ini.

“Justeru, saya nak ingatkan, tolong patuh arahan kerajaan untuk jalani kuarantin wajib 14 hari. Jika ingkar, jangan harap dapat simpati saya,” katanya melalui akaun Twitter.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 95 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan 12,160 rakyat Malaysia yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara.

Daripada jumlah itu seramai 7,910 individu telah diambil sampel sejak 3 April lalu.

Jumlah itu menyaksikan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di beberapa negeri.

Antaranya 37 kes di Melaka, 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Johor serta dua kes di Selangor. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Sombongnya mp semberong ni …. oohhh selama jadi menteti dalam bn dulu ramailah orang menagih simpati kat hang no … tok sah dok berlagak … undang undang mengatasi menteri … biar pihak berkuasa yang menetukannya … tak ada menteri pun undang undang tetap berjalan … kita pernah tak ada menteri baru baru ini … petaturan negara tetap berjalan seperti biasa … tak payahlah nak tunjuk kuasa kerana hang pun pernah hilang kuasa hampir tahun lebih baru baru ini

  2. Khalin hassan… Jgn la sentap…Syam ni jln kan tanggungjawab terhadap kluster kayangan demi rakyat…kluster kayangan kebanyakan terlalu pandai, pada depa lah…x tau la kot hang pun kluster tu jugak.. TSH TERIMA KASEH KERANA TEGAS… ALHAMDULILLAH KAMI PUNYA PEMIMPIN SPT ANDA…

  3. Tentu ada sebab musababnya menteri bckp sedemikian..
    Ada dikalangan vvip yg balik dr oversea (bukan oversky) ni yg lagaknya menjengkelkn terutama terhadap barisan petugas2 kesihatan…
    Kaji/selidiki dahulu knp menteri bbicara sedemikian..

Comments are closed.