SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) harus melihat banyak sudut sebelum menghentam kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak prihatin dengan nasib pelarian Rohingya.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, status Ahli Parlimen kawasan itu, Khalid Samad menerusi akaun Twitternya seolah memperkecilkan tanggungjawab kerajaan PN terhadap pelarian.
“Berkenaan isu bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya ini, Khalid hanya melihat dari satu sudut sahaja, dia tidak fikir soal keselamatan negara.
“Sebenarnya kerajaan Malaysia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini sejak dahulu lagi banyak menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian ini,” katanya menerusi hantaran akaun Facebook beliau, hari ini.
Khalid dalam ciapan Twitternya menyatakan, “PH berdiri bersama golongan yang tertindas dan dizalimi. Itu kewajipan agama Islam, agama Melayu Islam saya tak tahulah. Kalau menyamun pun ok, mungkin tidak membela mangsa kezaliman pun ok..”
Ciapan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mengundang kemarahan netizen, yang bertanya, apa kerajaan PH lakukan kepada kumpulan pelarian Rohingya ketika mentadbir kerajaan Persekutuan selama 22 bulan.
Sebelum itu, ada desakan dari wakil pelarian Rohingya yang meminta kerajaan Malaysia memberi layanan sama rata dengan warganegara seperti tempat tinggal, kad pengenalan dan pekerjaan.
Menurut Azhar, dari yang puluhan ribu masuk ke negara ini, kerajaan tidak tahu latar belakang mereka.
Katanya, kemungkinan ada penjenayah, penyakit atau elemen yang tidak diketahui masuk ke dalam negara ini tanpa disedari sebab mereka tiada pengenalan diri dan kerajaan tidak mempunyai data mengenainya.
“Malaysia dikenali dunia sebagai hub-pengganas, apabila menjadi transit atau tempat pengganas bersembunyi. Contohnya, kita lihat bagaimana LTTE terus berkembang di negara ini, selain fahaman ISIS.
“Mengenai soal membantu, ketika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, kerajaan Malaysia telah membina hospital di Cox’s Bazar bernilai RM3.5 juta dan dipersetujui Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.
“Di Malaysia pula terdapat lebih 200,000 pelarian Rohingya berlindung menggunakan kad UNCHR. Ada yang tiada dan mempunyai organisasi sendiri seperti MEHRAM di setiap negeri di negara ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, adakah kerajaan Malaysia masih tidak berperikemanusiaan?
“Saya nasihatkan Khalid sudah-sudahlah berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan PN. Selain menjaga kebajikan pelarian, kerajaan PN juga perlu menjaga dan melindungi keselamatan lebih 32 juta rakyatnya,” katanya. – MalaysiaGazette
Utk peringatan kpd krjaan pn, tak perlu kok peduli kpd puak2 pdatang tu..utama kn rakyat mlaysia dahulu..kami tak pak pun dia pelarian ni dtg ke mlysia..klu tak dtg lg bgus..myemak je, terutama puak2 rohinya n bangla2, bngsa yg kotor ..lpas covid 19 ni harap krjaan hntar blik ke ngra asal puak2 ni..tak ada hasil lngsung duk di mlysia, buk bawa pyakit ada lh…kami tak mahu warga rohinya, bngsa , indo dan sewaktu dgn nya..puak2 ni byk bg keburukn kpd ngra kita drpd kbaikan..harap krjaan baru ambil tindak n tangani pdtg asing ni…
Betul tu. Kita cadangkan supaya si khalidnidan orang orang yang mengkritik kerajaan supaya mereka tinggal bersama mereka saja di Myanmar bersama pelarian ni. Tinggalkan Malaysia. Menyemak aje
Kerajaan hari ini tidak perlu melayan KEBODOHAN pemimpin2 bangang ph,
mereka terkenal dgn KEBODOHAN mereka sejak daripada menjadi pembangkang lagi,
semua perkara mereka politikkan,klimaks KEBODOHAN mereka terserlah apabila mereka menjadi kerajaan 2 tahun lebih,terlalu banyak KEBODOHAN yg mereka pamerkan kepada rakyat,rakyat hari ini sudah amat kenal dgn sikap mereka,
soal rohingya,pelarian dan warga asing pula,
Kerajaan perlu mendengar keluhan rakyat dgn mengambil pendekatan mengurangkan jumlah warga asing termasuk rohingya dan pelarian lain yg ada dalam negara,
jumlah warga asing di dalam negara amat membimbangkan rakyat,sudah tiba masanya kerajaan memantau dan bertindak tegas terhadap mereka,baru2 ini byk tindakan2 mereka yg membangkitkan kemarahan rakyat,harap sgt kerajaan bertindak segera supaya rakyat rasa lebih selamat menikmati hidup di dalam negara tercinta.
-keluhan rakyat biasa yg cintakan kedamaian
Kerana politik keselamatan negara simpan tepi ,kerajaan PN x payah lah kehendak pendatang ini , di kesempatan begini ada juga melayu bodoh datang membela supaya nampak hero di mata nitezan , bela tidak kena tempat kerana politik pun pasal ,pemerintah hari ini harus sedar perangai puak pendatang ini pada awal saja mengharap simpati selepas itu kepala rakyat tempatan pun di pijak ,minta kemudahan lebih dari rakyat tempatan. ,memang celaka puak pendatang