Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini meminta para pemimpin mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dan menjadi teladan kepada rakyat.

“Baginda turut menyeru agar mereka yang berada di peringkat kepimpinan mempamerkan sebaik contoh teladan kepada rakyat jelata dengan mematuhi sepenuhnya PKP,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Perak, Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan.

Abdul Rahim berkata Sultan Nazrin turut bertitah supaya rakyat bersedia berkorban untuk satu tempoh yang diperlukan demi kesejahteraan jangka panjang dalam menghadapi pandemik COVID-19.

“Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim peka dan memahami kesusahan serta kerumitan yang dihadapi rakyat ketika mematuhi arahan PKP, terutama bagi yang bekerja atau berniaga secara harian yang putus mata pencarian dan pendapatan disebabkan perintah tersebut,” kata Abd Rahim.

Abd Rahim berkata bersempena Ramadan ini, Sultan Nazrin turut menasihati umat Islam agar memahami, menghargai dan membantu segala usaha serta penat lelah petugas barisan hadapan yang meletakkan diri dalam bahaya untuk menangani penularan serta merawat pesakit COVID-19.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast