Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Masalah dihadapi Malaysia berkenaan pelarian Rohingya sama seperti isu pelarian Vietnam yang pernah melanda negara ini dan menjadi isu global dari tahun 1975 hingga tahun 1991.

Keruntuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan kepada kerajaan komunis Vietnam Utara pada tahun 1975 telah mengakibatkan ketidakstabilan politik lalu menyebabkan ramai rakyat negara itu menjadi pelarian boat people.

Namun, menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, negara sekitar Vietnam menjadi destinasi pilihan pelarian itu khususnya Malaysia kerana jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh.

Kata beliau, berdasarkan laporan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), seramai 252,390 pelarian Vietnam pernah berada di Malaysia.

“Atas dasar kemanusiaan, kerajaan Malaysia dengan baik hati telah menempatkan pelarian ini di Pulau Bidong, Terengganu sejak tahun 1978. Kerana layanan terlalu baik, di samping kestabilan politik negara terjamin, pelarian ini mula mogok dan melakukan demonstrasi apabila PBB membuat keputusan mengeluarkan mereka dari Pulau Bidong untuk dihantar ke negara ketiga.

“Pelarian ini mula “besar kepala” dengan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, mogok lapar, mengangkat poster “Kami Tidak Mahu Pulang” dan ada juga yang mencederakan diri sendiri,” katanya di sini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, mereka sudah ada pemimpin sama seperti Rohingya pada hari ini iaitu meletakkan pelbagai tuntutan yang jelas mengancam kedaulatan negara.

Katanya, dalam konteks ekonomi pula, pelarian itu telah mula mengambil alih kawasan perairan Pulau Bidong yang sememangnya kaya dengan hasil laut.

“Akibatnya, nelayan tempatan tidak dapat mencari hasil. Kerajaan perlu sedar betapa besarnya impak kemasukan pelarian ini kepada negara, di mana ianya menjejaskan kedaulatan serta keselamatan Malaysia sendiri.

“Isu pelarian adalah masalah rentas sempadan dan mengancam keselamatan serantau. Malaysia perlulah mempunyai pendirian yang tegas untuk tidak lagi menerima mana-mana pelarian yang masuk ke negara ini,” katanya.

Seterusnya, Dr. Najmil Faiz berkata, proses penghantaran semula pelarian perlu dipercepatkan kerana semakin lama tinggal mereka akan berasa makin selesa.

Ujar beliau, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilakukan dengan lebih tegas untuk memastikan pelarian tidak menguasai sumber ekonomi lalu merampas peluang rakyat tempatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Lain plk dgn penderian Presiden UMNO semasa beliau jadi Menteri Dlm Negeri dulu…..

    Yang akan menyediakan kawasan perumah yg lebih selesa, pekerjaan dan pelajaran.

    Kau dah rujuk presiden ker….
    Tolong ingatkan saja

  2. Itu masa keadaan baik dan ekonomi kuat masa tu Kerajaan BN. Dasarnya berbeza. Sekarang keadaannya lain Covid 19 dan kerajaan PN. Ambil alig jerosakan ekonomi yang di buat oleh kerajaan PH. Takkan itu pun tak taj nak fikir. Buat baik berpada pada. KERAJAAN BN ekonomi kukuh dan kaya. Yang bodoh pergi percaya fitnah tu orang Melayu.Sekarang rasakan.

Comments are closed.