Salah satu keperluan petugas-petugas wanita hospital di waktu pendemik ini adalah tudung.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 445 helai tudung jenama Bokitta yang bernilai RM17,355 telah disumbangkan kepada Hospital Sungai Buloh bagi memenuhi keperluan petugas-petugas barisan hadapan yang berhijab ketika bertugas bagi memerangi Covid-19.

Tudung tersebut disampaikan oleh wakil Bokitta iaitu Pengarah Urusan A&A Empire Sdn Bhd, Datin Ayu Roslan dan Ketua Pegawai Operasi, Aniza Shahadan kepada wakil Pegawai Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh, Shahrina Abd Samad, di perkarangan hospital, hari ini.

Menurut Ayu Roslan, ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh jenama tersebut yang berpangkalan di Beirut, Lubnan.

“Terima kasih kepada Pengasas Bokitta, Mubde Absi di atas keperihatinan beliau terhadap petugas barisan hadapan di Malaysia. Hari ini kami mewakilkan Bokitta Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak hospital.

“Salah satu keperluan petugas-petugas wanita hospital di waktu pendemik ini adalah tudung, oleh itu Bokitta terpanggil untuk menyumbangkan salah satu rekaannya untuk kegunaan mereka.

Sebanyak 445 helai tudung jenama Bokitta telah disumbangkan kepada Hospital Sungai Buloh.

“Bokitta berharap sumbangan ini dapat memudahkan urusan petugas-petugas di hospital ini untuk terus berada di barisan hadapan dan kekal berada dalam keadaan yang selesa,” katanya.

Tambahnya, ia bersesuaian dengan konsep Bokitta yang merupakan produk hijab segera yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada pemakai.

Bokitta merupakan hijab instant kontemporari yang berasal dari Beirut, Lubnan dan telah mendapat hak paten dari Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada tahun 2010 dan diiktiraf di 144 negara seluruh dunia.

Bokitta membawa inovasi kreatif tudung instant tanpa pin yang memberi keselesaan kepada pemakai yang mahu lari dari konsep tudung berpin yang remeh dan mengambil masa persiapan yang panjang.

Setiap rekaan Bokitta didatangkan dalam pelbagai size dan stail iaitu Voila, Voila Maxi, Chic, Chic Maxi, Taj, Freesyle dan Capshawl. – MalaysiaGazette