Dean Henderson.

LONDON – Pemain pertahanan muda Manchester United, Axel Tuanzebe yakin dengan peluang Dean Henderson untuk memperkuatkan United pada musim 2020-2021.

Bercakap kepada The Guardian, Tuanzebe turut menyokong penuh rancangan Henderson untuk menjadi penjaga gol utama United pada musim depan.

Malah dia menyaran pemain yang dipinjamkan kepada Sheffield United itu musim ini kembali ke Old Trafford musim depan.

“Saya rasa ini kerana tradisi di kelab. Di kelab lain ada banyak pemain berbakat yang tidak dapat menembusi pasukan pertama kerana itu bukan tradisi kelab mereka.

“Kami bernasib baik memiliki kelab yang sentiasa membawa pemain muda untuk mereka menjadi pemain besar dan bintang dalam pasukan pertama.

“Sudah tentu kami mempunyai pemain berbakat yang telah banyak kami lihat musim ini. Dean adalah seseorang pemain yang kuat dan saya pasti apabila dia kembali dia akan menjadi pilihan pertama.

“Dia menunjukkan prestasi yang sangat baik untuk Sheffield dan itu menunjukkan bahawa apa yang ia perolehi dari akademi dia mempelajari dan praktikkan setiap minggu” ujar pemain berusia 22 tahun itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast