KUALA LUMPUR – Lihat di sekeliling, apakah yang sedang terjadi dengan negara ini ketika penduduknya sedang berperang membanteras wabak Covid-19?

Apakah yang akan terjadi dengan penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini?

Dianggarkan industri keselamatan makanan dijangka mengalami kerugian lebih RM1 billion gara-gara ‘ketiadaan’ warga asing, khususnya Myanmar, berikutan saringan serta pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seandainya kerajaan masih lagi berterusan berlembut dalam isu lambakan pendatang asing di negara ini, ia akan menjadi barah yang sukar ditangani walaupun selepas seelesai berperang dengan wabak itu.

Lebih membimbangkan, kehadiran warga asing yang terlalu ramai akan membuatkan usaha memerangi coronavirus gagal mencapai matlamat, kerana sikap mereka yang sering enggan mematuhi undang-undang.

Berikutan itu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran membayangkan golongan berkenaan bukan sekadar menguasai lokasi tertentu di Malaysia, bahkan turut bermaharajalela sehingga menggugat keselamatan setempat.

Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan warga asing yang bekerja membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

Menurut beliau, ada di antara kelompok pendatang ini juga bersikap ‘besar kepala’ dan menyuarakan pelbagai permintaan tidak munasabah, seolah-olah mereka adalah anak watan negara ini.

Jelasnya, kawasan seperti Pasar Borong Kuala Lumpur pastinya dapat memberikan gambaran jelas bagaimana industri makanan bukan sahaja dikuasai oleh mereka, sebaliknya kini membawa kerugian berbilion ringgit.

“Mereka ini sebenarnya adalah barah yang akan membunuh kita dalam diam. Mereka merebak dengan begitu pantas, dan jika usaha pencegahan tidak diambil dari sekarang, ia akan membunuh negara ini.

“Saya beri contoh kepada anda, lihat sahaja bagaimana mereka ‘mengawal’ perniagaan di pasar borong. Premis berkenaan menghasilkan pulangan berjumlah RM1 bilion untuk negara, tetapi kerana ia dikawal pendatang asing.

“Sektor terbabit hampir lumpuh kerana semua warga asing ini lari menyembunyikan diri akibat takut ditangkap pihak berkuasa kerana melanggar PKP. Harga sayur-sayuran serta bahan lain sudah naik begitu mendadak.

“Kita pula langsung tidak dapat mengawalnya, industri keselamatan makanan di ambang bahaya sebenarnya.

“Saya sedikit pun tidak dapat menerima perkara ini, apakah nasib kita selepas berjuang habis-habisan memerangi Covid-19? Lihat ketika ini sahaja, lambakan mereka di mana-mana dan sememangnya tidak lebih daripada ‘berita buruk’ sahaja,” katanya.

Vigneswaran yang juga Yang diPertua Dewan Negara berkata, aspek keselamatan makanan kini berada dalam bahaya kerana perniagaan itu dikuasai golongan pendatang dan keadaan terbabit pastinya tidak berlaku jika ia diterajui rakyat tempatan.

“Kerajaan kena pastikan sektor ini dikembalikan ke tangan warga tempatan, untuk keselamatan penduduk juga.

“Sudah terlalu banyak bukti memperlihatkan kepada kita, betapa golongan ini amat tidak memperdulikan aspek kebersihan. Lihat sahaja kawasan yang mereka diami, terlalu kotor dengan bau busuk yang memualkan tekak.

“Ini semua akan memberi gambaran buruk terhadap Malaysia, termasuk imej kita di pentas antarabangsa. Tolonglah ambil apa sahaja yang berlaku ketika ini sebagai iktibar, ini bukan isu Covid-19 semata sebaliknya lebih besar.

“Hakikatnya, memang ada hikmah di sebalik pandemik ini, kita dapat melihat sendiri ‘kemusnahan’ yang telah terjadi kepada negara ini gara-gara membawa masuk serta membiarkan warga asing menguasai semuanya.

Beliau menarik perhatian, sukar dipercayai bagaimana kadang kala pihak berkuasa seolah-olah ‘hilang taring’ dan terpaksa menutup mata dengan kehadiran mereka dan membiarkan golongan berkenaan menguasai perniagaan yang seharusnya milik penduduk tempatan.

“Bagaimana kita boleh menjamin keselamatan makanan yang dinikmati jika penjualnya sendiri terlalu kotor dan sama sekali tidak menghiraukan aspek kebersihan?

“Saya beri contoh, baru-baru ini ada yang telah menghantar gambar yang mana warga Mynmar membela lembu di satu tempat begitu kotor, juga menjadi lokasi jual daging. Kotor, jijik tidak terkata.

“Seandainya warga tempatan kita, dalam sekelip mata ada penguatkuasa masuk dan musnah ladang atau lokasi pembelaan atas pelbagai alasan, jadi apa pula ini? Mengapa yang ini boleh bermaharajalela? Ini sesuatu yang langsung tidak masuk akal bagi saya,” tegasnya.

Ketika ini dianggarkan terdapat 5 juta warga asing di Malaysia yang mana sebahagian besar memasuki negara secara haram.

Senario ini jelas Vigneswaran, menjejaskan keselamatan negara apabila kadar jenayah turut meningkat.

“Sering kali kita membaca kekerapan golongan itu terbabit dalam jenayah berat-berat termasuk dadah, gangsterisme, penyeludupan dan lain-lain lagi. Sampai bila keadaan ini harus berterusan, dan mencetuskan rasa takut di negara sendiri.

“Juga kita selalu juga dengar penyokong persekitaran industri sedia ada pantas berhujah yang rakyat Malaysia kelompok pemalas dan wujud logik kewangan bagi menggaji pekerja asing, dan ini juga disokong dalam konteks produktiviti.

“Ini satu realiti ciptaan yang khilaf dan palsu. Adakah benar atau cuma persepsi yang tidak tepat yang dicipta bertahun lamanya, dipandu oleh keuntungan perusahaan? Fikirlah sendiri,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Negara kini dilanda kebimbangan sehingga kerajaan terpaksa mengeluaran Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan rakyat Malaysia duduk di rumah bagi membendung wabak pandemik Covid-19. Tapi lain pula suasana di kawasan sekitar Pasar Borong Selayang yang rata-ratanya dihuni oleh warga asing malah ada juga pendatang tanpa izin.

11 Komen

  1. Harap krjaan baru ini , bertindak dgn tegas warga asing ini, spya bia dia org sedar mereka brada di mana skrg ini..jgn sesekali bg muka kpd puak2 ini…hrp lpas covid ini, phk krjaan trus brtindak dn bersih hbis hbisan2 warga asin di mlysia ini. Jgn smpai mlysia ini lubuk warga asing..

  2. Sanggup ke rakyat Malaysia kerja 3D ini? Itu adalah alasan para peniaga tempatan di pasar borong yang memerlukan kuli. Untuk mengurangkan kuli warga asing, kerajaan kena sediakan prasarana berasaskan automatik atau robotik.

  3. Jangan kongsikan Malaysia kepada pendatang. Hantar balik rakyat rohingya ni, Malaysia hak kita, dan cuma kita

  4. Saya berharap pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan yang sewajarnya. Tidak harus mendiamkan diri dan hanya mengambil tindakan ke atas penduduk tempatan saja.
    YB Vickneswaran telah memulakan langkah pertama dalam masalah ini.

  5. Setuju. Lihat dinegara Eropah dimana perindustrian perikanan masih digenggam oleh nelayan tempatan dari pengusaha bot, jeti, dan pemprosesan kebanyakkan dipikul sendiri oleh keluarga nelayan itu. Cuba lihat Jepun pasar ikan Tsukiji 95% ( yang terbesar didunía) adalah dimiliki oleh rakyat Jepun dan cuma ada sédikit orang China. Jika diperlukan tenaga kerja asing ia dibuat mengikut peraturan negara masing masing. Seperti pekerja impot bermusim, atau visa terhad tetapi teratur dan pihak berkuasa dapat menjejaki setiap individu impot.
    Kita lain, dihulurkan wang sogok pihak berkuasa tutup mata sebelah. Ini bukan fitnah tapi logik. Klau tidak manakan pendatang asing berleluasa dipasar borong Selayang dan Chow Kitt? Di sebelah utara pula kilang2 mengimpot pekerja asing untuk operasi kilang mereka dari hari pertama mereka buka pintu. Macam mana nak ada peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan?
    Itulah sebab operasi otomasi tidak berkembang di Malaysia klau nak buka operasi perusahaan ,apa nak susah minta saja pada MITI untuk impot Bangla, Myanmar,Vietnam dengan gaji “minima” RM1,200 (tipu saja! padahal gaji yang diberikan akan dipotong kepada agen, majikan, duit levylah, tambang kapal terbanglah) Manakan pendatang ini tak berhimpit2 dalam satu rumah kecil sebab “take home pay” tak berbaloi.Ini akan mengakibatkan masaalah kebersihan.
    Operasi otomasi cuma diutamakan oleh kilang multi nasional. Lagi satu klau pemerintah sendiri yang mengeluarkan kenyataan bahawa pintu imigrasi dibuka untuk beratus ribu pekerja asing sampai bila masaalah ini akan ada penyelesaian?

  6. PENGUATKUASA TARING TAJAM PADA PENIAGA TEMPATAN ,TETAPI SEBALIKNYA PENDATANG MEREKA HILANG TARING,TIDAK MUNGKIN TERJADI SEKIRANYA TIADA SESUATU BERLAKU DENGAN BEGITU MUDAH,TAHAP INTERGRITI PENGUATKUASA BEGITU RENDAH.APAKAH PIHAK PENGUATKUASA RELA MENGGADAIKAN NEGARA KEPADA PENDATANG BEGITU MUDAH TANPA ADA SESUATU YANG JADIKAN TUKAR GANTI

  7. sikap pengusaha yang mengaut untung besar daripada membayar gaji tinggi pada pekerja tempatan itu adalah alsan orang tempatan malas,pengusaha juga mengeksploitasi pendatang dgn gaji yang rendah,kebanyakkan pengusaha juga telah ingkar pada undang undang cuba memberi ruang pada pendatang utk jalan kan perniagaan secara senyap,jika pengusaha bendung perkara ini di peringkat bekalan pada pendatang tidak mungkin berlaku berlarutan sehingga berleluasa,dan juga pihak kerajaan tempatan serta penguatkuasa telah memandang tidak sirius atau ada udang sebalik mee.
    sebagai rakyat malaysia berharap pihak berkuasa lebih berintergriti ,tegas setelah bebas dari belenggu wabak covid 19 ini.sayangilah bangsa dan negara.hasil dari kejujuran,keikhlasan serta keprcayaan kepada tuhan yg esa
    akan kita tinggalkan teladan pada generasi pewaris kita rakyat malaysia yg berkualiti kelak.

  8. Kerajaan perlu bertindak tegas sekarang, PATI terlampau ramai. Kenapa tiada tindakan.Mulakan dari sekarang, sebelym terlambat….

  9. Kerajaan perlu bertindak tegas sekarang, PATI terlampau ramai. Kenapa tiada tindakan.Mulakan dari sekarang, sebelum terlambat….

  10. Saudara2 jangan kecuh… Itu lah pepatah melayu…
    Apa yg u tanam itu lah kena tuai …
    Pilih menteri yg layak jual GORENG PISANG jadikan menteri… Terina lah padah nya…. Nak salahkan sepa… Semua main politik…. “Tender tandas kencing” pun politik… Padan muka… Lah… Sekarang seluruh rakyat menyesal, bertaubatlah…. Sebelum nasi jadi bubur….. Allahu Akbar..

  11. “Sanggup ke orang Malaysia buat kerja 3-D ini? Apa pasal itidak jika majikan memberi pampasan yang adil dan mencukupi. ” For so long malaysian entrepreuners have been whining every time the authorities introduce strict policies regards immigrants. Why? Because they are a source of cheap labour and with lower operating costs ,entrpreuners make massive profits. But during times of an economic downturn ,they are the first ones to demand compensation and stimulus packages. Really high time to review the immigrant population in Malaysia. They are a burden bringing socio economic problems.
    Datuk Vignes , you were in the past governments. So what were all of you so called Datuks and Ministers doing at that time. Only now want tò voice out. Same polemic day in and day out. Look at how Spore manages its migrant workers. Now you will tell me to go live in Spore if thats what i long for right?

Comments are closed.