KUALA LUMPUR- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketujuh dilaksanakan di Kawasan Selayang Baru, Gombak, Selangor.

PKPD berkuatkuasa hari ini sehingga 3 Mei depan melibatkan enam parcel yang telah dikenal pasti iaitu:-

Zon A : Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah

Zon B : Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru

Zon C : Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru

Zon D : Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru

Zon E : Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru

Zon F : Blok A, B dan C, Selayang Makmur

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPD terbaharu itu dikuatkuasakan setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan Covid-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Langkah tersebut adalah untuk membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh berkuatkuasa.

“Semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya semasa sidang media hari ini.

Tambah Ismail Sabri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun telah turun padang bagi memastikan bantuan bekalan makanan diagihkan secara teratur di kawasan tersebut, pagi tadi.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Talian Bencana Daerah Gombak 03-6120 1092, 03-6126 1500 atau

Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian

03-6126 2247, 03-6126 2240 – MalaysiaGazette