Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pilihan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi Ketua Pembangkang apabila Dewan Rakyat bermesyuarat pada 18 Mei nanti.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun DAP telah menjadi parti pembangkang terbesar  dengan 42 kerusi berbanding PKR (39) dan Amanah (11), tetapi DAP sanggup melepas jawatan Ketua Pembangkang.

Sumber memberitahu, persepakatan telah dicapai antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Anwar mengenai calon Ketua Pembangkang.

Persepakatan tiga pemimpin itu bagaimanapun perlu dimuktamadkan dalam mesyuarat majlis presiden PH yang bakal diadakan.

Ditanya sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi Ketua Pembangkang pada saat-saat akhir, sumber berkata, PPBM telah berundur dari PH.

Sumber itu bagaimanapun berkata, dari segi prosedur, PH perlu berbincang dengan Warisan di Sabah untuk mendapat sokongannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Apa salahnya dia jadi ketua pembangkang? Lagipun PH yang lamtiknya..Sediapapun boleh berangan- angan atau bercita-cita jika ada kebolehan atau kepandaian. Apa-apapun haknya telah dimungkiri oleh sekumpulan manusia yang berhati busuk

  2. Dil… kau rasa Bg non hati wangi sgt? Kau rasa dia takda buat onar kat org ka sampai sideman dia s3ndiri pun blah ramai dah

Comments are closed.