Anggota polis mengagihkan juadah berbuka puasa kepada pelarian Rohingya di kawasan perumahan Selayang Baru berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang Baru, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan kerajaan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah adalah mahu membantu masyarakat Rohingya atas dasar perikemanusiaan.

Katanya, beberapa keputusan telah dibuat oleh jawatankuasa Tertinggi (HLC) yang dipengerusikan olehnya antara lain mahu melatih mereka (Rohingya) yang berada di negara ini supaya diberikan latihan, keterampilan ataupun skill dalam pekerjaan.

Tambah beliau, latihan yang diberikan adalah mahir dan separuh mahir dengan tujuan agar mereka boleh memanfaatkannya untuk terus hidup di negara ketiga dimana mereka berada.

“Begitu juga persekolahan untuk anak-anak Rohingya yang sedia ada di Malaysia.

“Namun, semua kemudahan yang diberikan adalah itu dalam bentuk sementara kerana mereka akan dipulangkan atau dikembalikan ke negara asal mereka setelah keadaan di negara berkenaan berada didalam situasi aman damai,” katanya pada sidang media khas penjelasan mengenai Rohingya di Menara Dato Onn, di sini.

Ahmad Zahid berkata, kerajan juga pada ketika itu telah mencadangkan kepada tentera Myanmar supaya menempatkan semula pelarian Rohingya di kampung halaman masing-masing meskipun, rumah mereka terbakar atau sudah dimusnahkan kerana mereka merupakan rakyat negara berkenaan.

Dalam pada pada sama, Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Tertinggi Pemegang Kad Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ketika itu telah memutuskan melalui agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar perundingan dengan negara ketiga dilakukan untuk menempatkan pelarian Rohingya ini.

Ujarnya, dari segi penyampaian dalam pendidikan kepada kepada anak-anak pelarian Rohingya pula, pengajaran dan silibus yang diajar kepada etnik itu adalah mengikut pengajaran sebagaimana negara berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Perancangsn yang dibuat ioleh kersjsan BN itu sangat baik dan jelas sekali. Tapi sekarang ini mada krisis covid 19 dan kebajikan dan kesejahteraan negara perlu diutamakan. Bukan negara kita sahaja tetapi seluruh negara dunis. Jadi siapa saja yang mengkritik dan menyalak macam serigala tu tolonglah faham keadaan kritikal ini .

Comments are closed.