Nicole Wong
Nicole Wong

KUALA LUMPUR – Pemuda MCA memandang serius isu kad pengenalan (IC) palsu dan permohonan kewarganegaraan dengan cara meragukan yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Ketuanya, Nicole Wong Siaw Ting berkata, MCA mendapati kebimbangan rakyat mengenai perkara itu ada asasnya dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari kerajaan.

“Kita desak kerajaan tangguhkan sementara proses permohonan kewarganegaraan bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan untuk mengetahui segala kelemahan yang ada sehingga masih ada kegiatan pengeluaran kad pengenalan palsu dan tulen tanpa mengikut proses sebenar.

“Kita juga sedar beberapa tangkapan dan proses pendakwaan telah dilakukan pihak berkuasa sebelum ini, namun belum dapat meredakan kebimbangan rakyat sama ada masih wujud sindiket sama, yang belum lagi terbongkar,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Beliau menjelaskan, sebagai warganegara, Pemuda MCA berharap kerajaan tidak berkompromi untuk mengenakan sebarang tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan awam yang terlibat dalam sindiket pengeluaran kad pengenalan secara haram.

Sehubungan itu juga kata Nicole Wong, sayap parti itu mendesak Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan operasi besar-besaran selepas berakhirnya penularan Covid-19 untuk menangkap pelancong asing yang tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan, selain mengusir pendatang asing tanpa izin demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

“Usaha ini pastinya mendapat sokongan kuat daripada rakyat yang bimbang mengenai nasib negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tangguhkan sementara proses permohonan kewarganegaraan?So she wanted me to wait for all their investigation completed then i can go to university? I’m already 19 years old and still didn’t have my identification card because of this mess.They never know how is it hurt for a person like me wanted to apply a job, getting drivers license, and admitted to hospital for not having an IC. There’s a hundred people that suffer from this issue include one of my friend that perform in her academic.If they wanted to make an investigation towards fake IC syndicate,then do it separately with people that applies in JPN.There’s no need to hold any applies process.

Comments are closed.