Bangunan Kementerian Sumber Manusia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kakitangan bahagian kewangan atau sumber manusia sesebuah syarikat dibenarkan hadir ke tempat kerja bagi menjalankan urusan kerja menyelaras dan memproses payroll bagi tujuan pembayaran gaji bekerja.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, bagaimanapun kebenaran tersebut hanya diberi selama sehari sahaja, sama ada pada 30 April (esok) atau 2 Mei ini dengan bilangan maksimum kakitangan sebanyak 2 orang.

“Majikan perlu menyediakan surat atau dokumen pelepasan dan kebenaran untuk ke tempat kerja yang melibatkan kakitangan kewangan atau sumber manusia,” katanya.

Surat atau dokumen itu perlu disertakan nama penuh, nombor kad pengenalan pekerja yang telibat serta nombor pegawai untuk dihubungi bagi tujuan pengesahan.

Menurut kementerian itu, pekerja terbabit perlu membawa dan mengemukakan surat atau dokumen tersebut bagi memudahkan pergerakan mereka ke tempat kerja sekiranya ditahan pihak berkuasa.

Sebarang petanytaan boleh menghubung talian hotline kementerian itu di talian 03-88903404, 03-88892359, 03-88889111, 03-88862409, dan 03-88862352. – MalaysuaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast