Bangunan UMNO Selangor

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan UMNO Selangor melakukan penstukturan baru dalam kepimpinan parti di negeri itu.

Dalam satu kenyataan, badan perhubungan berkenaan memaklumkan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johar dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baharu.

Manakala, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr. Abd. Rahman Bakri pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Menurut kenyataan itu lagi, pelantikan yang dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar itu adalah berlandaskan Fasal 12.3 Perlembagaan UMNO.

Langkah tersebut diambil berikutan kedua-dua jawatan berkenaan perlu dilantik dan mereka yang terpilih perlu memegang jawatan tersebut selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast