KUALA LUMPUR –Â Mengambil hikmah pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, kerajaan disaran melakukan operasi pembersihan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini.
Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, ini peluang terbaik kerana setiap warga asing khususnya PATI berada dalam rumah di kawasan masing-masing.
Katanya, apa yang diperlukan hanyalah akses seperti talian khas atau emel bagi memudahkan rakyat salur maklumat pantas keberadaan PATI di kawasan mereka.
Melalui data yang dimiliki oleh pihak kerajaan ketika ini, maka kegiatan pembersihan boleh dilakukan dengan berkesan.
“Malah kerajaan juga perlu melihat bagaimana peluang pekerjaan yg ditinggalkan kelompok ini boleh diisi oleh rakyat tempatan yang banyak kehilangan pekerjaan akibat dari pandemik Covid-19.
“Pihak berkuasa pula perlu bertindak proaktif untuk menahan dan menghantar pulang PATI, tambahan lagi kos penerbangan sekarang tengah murah dengan kerjasama pelbagai syarikat penerbangan.
“Manfaat sepenuhnya PKP ini untuk memperkukuhkan keselamatan di semua pintu sempadan, meningkatkan integriti petugas dan jika perlu tempatkan pegawai SPRM di pos keselamatan sempadan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mizan menasihatkan kerajaan agar jangan sesekali bertolak ansur, untuk memutuskan rantaian sindiket penyeludupan warga asing.
“Saya juga tidak setuju PATI ini didaftarkan oleh mana-mana pihak kecuali bagi rekod UNHCR kerana bimbang data itu akan disalahgunakan.
“Malah, dicadangkan juga kerajaan Malaysia memperkenalkan kad pengenalan yang baru dan lebih bermutu tinggi dengan sistem yang lebih baik.
“Kad pengenalan yang ada sekarang ini dipercayai telah disalahguna dan banyak dimiliki oleh pelarian Rohingya dan warga China dan India. – MalaysiaGazette
Terbaik dan sokong!!
Sgt2 stuju, harap pihak kerjaan ambil peduli pandangan yg di utarakan olh pakar..pakar2 ini lh aset ngra yg ptg..utk pmbangunan ngra maju..harap pihak krjaan take note pkra ini..
mohon mengambil kesempatan bersihkan pati di red zon selayang juga…pati di katakan melebihi warganegara sendiri…
Cadangan yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan rakyat marhaen
Sangat setuju dgn tindakan kerajaan utk melakukan pembersihan negara drp PATI. Terima kasih jg diucapkan kpd kerajaan kerana telab mengambil maklum pandangan dr mereka yg pakar. Sudah tiba masanya kerajaan bertinxak tegas dlm menangani jsu2 berkaitan PATI. Cukuplah kita berlembut n ‘konon’ bersimpati dgn nasib mereka. Berilah tumpuan dan fokus bagaimana utk mengurangkan pengangguran bg rakyat kita serta utk membangunkan negara. Selama ini byk masa dihabiskan utk memikirkan hal2 berkaitan dgn PATI, jg byk wang dibelanjakan utk meteka. Sedangkan masa dan wang itu lebih diperlukan utk memberikan kesejahteraan kpd rakyat. Justeru itu, kpd barisan kepimpinan kerajaan di harap fikir lah semasak2nya demi rakyat dan negara tercinta.
Idea yang sungguh BERNAS,
kerajaan sepatutnya mengambil serius tentang masalah kebanjiran pendatang asing,
kerajaan perlu bertindak segera berhubung masalah pendatang asing yang kian meruncing,ada yang menggunakan IC palsu,ada yang menggunkan kad pelarian palsu,
rakyat kian resah dengan masalah lambakan pendatang asing nie,
sudah tiba masanya semua penguatkuasa yang berkaitan membuka mata dan menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti,